LATAR BELAKANG

Tahun 2015 merupakan tahun akhir pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak pada 8 Disember 2011. Blueprint ini merupakan satu pelan komprehensif terbaik yang menggariskan pelbagai inisiatif bagi melonjakkan kedudukan Langkawi untuk mencapai matlamat menjadi antara 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik pada tahun 2015. Sebanyak 14 inisiatif telah dilaksanakan dengan tiga fokus utama iaitu pembolehdaya, infrastruktur dan produk.

SASARAN BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI 2015

DESTINASI PELANCONGAN

Menjadi Antara 10 PULAU & DESTINASI Eko-Pelancongan Terbaik Dunia

KEDATANGAN PELANCONG

3 JUTA Kedatangan Pelancong & Pelawat

PENDAPATAN PELANCONGAN

RM3.8 BILLION Pendapatan Pelancongan

NILAI PELABURAN

RM5 BILLION Nilai Pelaburan

PELUANG PEKERJAAN

4,200 Peluang Pekerjaan Baru

INISIATIF BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI

PRODUK

6 INISIATIF

INFRASTRUKTUR

4 INISIATIF

PEMBOLEHDAYA

3 INISIATIF
  • Ikonik Geopark
  • Chenang Berwajah Baru
  • Penginapan Mewah & Barat Laut Yang Meriah
  • Muzium Hidup
  • MICE Bitara
  • Program Pengiktirafan
  • Jaringan Pengangkutan
  • Mobiliti Darat
  • Kesihatan & Sanitasi
  • Titik Sentuh Sasaran
  • Akademi Pelancongan
  • Penjenamaan & Pemasaran
  • Pertanian & Perikanan

STATUS PELAKSANAAN PROJEK

Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi keseluruhannya adalah berjumlah 88, dengan peruntukan sebanyak RM310,830,903.00. Berdasarkan jadual pelaksanaan projek yang disediakan oleh agensi-agensi pelaksana di bawah Blueprint, status pelaksanaan projek mengikut tahap penyampaian sehingga 31 DISEMBER 2015 adalah seperti berikut:

SELESAI DILAKSANAKAN55%
DALAM PELAKSANAAN35%
PENYEDIAAN DOKUMEN5%
TAWARAN5%
BELUM MULA1%

PENCAPAIAN/KEBERHASILAN

Bermula tahun pertama pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi ini, pelbagai usaha dan inisiatif pengukuhan yang dilaksanakan telah menjurus kepada outcome dan sasaran yang ditetapkan. Sehingga kini, pencapaian outcome Blueprint telah menunjukkan pencapaian yang positif dan cemerlang melepasi sasaran yang ditetapkan dari aspek kedatangan pelancong, pendapatan pelancongan, nilai pelaburan dan tambahan peluang pekerjaan. Rajah dibawah menunjukkan pencapaian outcome Blueprint Pelancongan Langkawi sehingga 31 DISEMBER 2015:

KEDATANGAN PELANCONG
2015 - 3.62 JUTA
2014 - 3.60 JUTA
2013 - 3.41 JUTA
2012 - 3.06 JUTA
PENDAPATAN PELANCONGAN
2015 - RM5.6 BIL
2014 - RM5.2 BIL
2013 - RM4.5 BIL
2012 - RM2.6 BIL
PELABURAN
2015 - RM11.9 BIL
2014 - RM10.3 BIL
2013 - RM8.98 BIL
2012 - RM5.08 BIL
PELUANG PEKERJAAN
2015 - 7,896
2014 - 6,608
2013 - 5,389
2012 - 3,600

Secara ringkasnya kedatangan pelancong dan pelawat bagi tahun 2012 hingga 2015 telah merekodkan jumlah pengunjung melebihi 3 juta orang menunjukkan peningkatan 20% dimana telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Blueprint Pelancongan Langkawi. Rekod ini menunjukkan bahawa pelaksanaan inisiatif/projek di bawah Blueprint ini telah memberikan kesan outcome yang memberangsangkan terhadap industri pelancongan Langkawi. Pencapaian ini adalah hasil usaha dan kerjasama erat antara penggiat industri pelancongan, penduduk Langkawi dan semua agensi pelaksana di bawah Blueprint.

Kajian terbaru yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia juga menunjukkan bahawa purata perbelanjaan pelancong ke Langkawi bagi tempoh penginapan selama 3 hingga 4 malam terdapat peningkatan iaitu sebanyak RM1,500 bagi pelancong domestik dan RM3,100 bagi pelancong antarabangsa. Berdasarkan purata perbelanjaan tersebut jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong yang hanya menginap di hotel sehingga suku tahun ketiga 2015 adalah sebanyak RM3.99 bilion.

Pelaksanaan Blueprint ini juga telah menggalakkan kemasukan pelaburan ke Langkawi. Sehingga kini, nilai pelaburan yang dimuktamadkan adalah bernilai RM11.9 billion dan telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh Blueprint. Sektor pelaburan ini terdiri daripada pembangunan hotel, pusat tarikan pelancongan, perumahan dan pusat komersil. Daripada jumlah ini, sebanyak RM6.4 bilion projek dalam fasa pelaksanaan.

Dari aspek peluang pekerjaan, statistik Jabatan Tenaga Kerja telah merekodkan jumlah pertambahan peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan sejak tahun 2011 adalah sebanyak 7,399 yang berpendapatan RM2,000 ke atas. Jumlah ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Blueprint telah memberikan impak yang sangat besar dalam menjana pekerjaan baru serta guna tenaga di Langkawi.

Lain-lain indicator yang turut menunjukkan pencapaian outcome terhadap pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi juga adalah peningkatan pengangkutan udara. Pelbagai kaedah dan strategi telah giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta LADA sendiri bagi meningkatkan semula jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi antaranya meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa, menggiatkan program promosi domestik dan melaksanakan promosi melalui pemasaran digital. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah penerbangan berjadual yang direkodkan adalah sebanyak 227 seminggu manakala bagi penerbangan sewa khas (charter flights) adalah sebanyak 53 penerbangan (peningkatan sebanyak 51% berbanding 2014).

PENGIKTIRAFAN

Pada tahun 2015, Langkawi sekali lagi telah dipilih oleh Trip Advisor sebagai “Traveler’s Choice” untuk tiga tahun berturut-turut selain menyenaraikan sebagai “Top 10 Island In Asia”. Google juga menobatkan Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi paling popular di antara 10 destinasi yang menjadi tumpuan pengguna enjin cariannya sepanjang 2015.

Pengiktirafan yang diterima ini,mencatatkan Langkawi berada pada landasan yang tepat dalam mencapai sasaran Blueprint Pelancongan Langkawi iaitu menjadikan Langkawi sebagai 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik di dunia.

Walaupun, tiada badan atau organisasi khusus diperingkat antarabangsa yang memantau ranking kedudukan destinasi pelancongan dunia. LADA terus memantau kedudukan Langkawi menerusi majalah pelancongan terkemuka dunia dan laman-laman web utama seperti Trip Advisor, Lonely Planet, National Geographic, BBC Travel dan CNN Travel.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde