BAHAGIAN GEOPARK & KONSERVASI

Bahagian ini diwujudkan pada Mac 2007 untuk mengendalikan urusan berkaitan Langkawi Geopark tahun 2007 merupakan tahun yang penuh gilang gemilang bagi Langkawi iaitu sebagai tahun pengisytiharan Langkawi Geopark oleh UNESCO pada 1 Jun 2007, geopark pertama bagi rantau Asia Tenggara. Langkawi Geopark pastinya memberi identiti terbaru pelancongan di rantau ini.

Gabungan warisan geologi dan biodiversity yang unik pastinya akan menggamit lebih ramai pelancong datang ke pulau ini, destinasi alam semulajadi yang cukup unik dan sempurna.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Merancang dan melaksana polisi bahagian mengenai sumber tenaga manusia, kewangan, pentadbiran, perancangan pembangunan, hubungan antrabangsa dan hal ehwal Langkawi Geopark
  • Menjalankan aktiviti penyelidikan dan analisis komposisi batuan dan sumber-sumber yang berkaitan dengan geologi dan mendokumetarikannya sebagai maklumat untuk tarikan pelancong.
  • Melaksanakan tanggungjawab dari segi aktiviti pembangunan ekonomi dengan program-program latihan dan khidmat nasihat kepada masyarakat bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan supaya mereka mendapat manfaat dan faedah dari penubuhan Langkawi Geopark.
  • Menyampaikan maklumat dan penerangan berkenaan Langkawi Geopark kepada masyarakat umum tentang kepentingannya.
  • Memastikan infrastruktur geosite di tahap kelas pertama dengan menjalankan pemantauan kebersihan dan penyelenggaraan di tahap maksimum.
  • Menyelaraskan aktiviti kesedaran kepentingan hutan dan system ekologi dengan agensi lain yang berkaitan di samping melindungi keaslian hutan dan tumbuhan yang mempunyai nilai warisan dari sebarang kemusnahan.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde