BAHAGIAN KEWANGAN

Bhagian Kewangan LADA merupakan nadi yang menentukan perjalanan dan pentadbiran Kewangan. Berperanan sepenuhnya dalam memastikan setiap transaksi yang terlibat adalah mematuhi kepada semua Akta Acara Kewangan yang berkuatkuasa dari masa ke masa.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Mewujudkan Kumpulan Wang yang terdiri daripada Kumpulan Wang Mengurus, Kumpulan Wang Pembangunan, Kumpulan Wang Amanah, Kumpulan Wang Pelaburan dan Kumpulan Wang Rezab
  • Mengawal dan menguruskan Kumpulan-kumpulan wang, antaranya ialah :
    • Mengawal apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari masa ke masa oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
    • Mengawal apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Lembaga daripada pinjaman-pinjaman yang diberikan.
    • Mengawal apa-apa jumlah wang yang didapati daripada perjalanan projek-projek, skim atau perusahaan yang dilaksanakan oleh Lembaga.
    • Mengawal apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan obligasi-obligasi yang dibuat oleh Lembaga.
  • Mengurus dan melaksanakan urusan perbelanjaan dan pembayaran termasuklah :
    • Memberikan pinjaman kepada pihak-pihak tertentu melalui Kumpulan Wang yang ditetapkan.
    • Membayar segala perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuklah yuran konsultan, guaman dan saran bagi pegawai-pegawai pengkhidmat yang dilantik oleh Lembaga termasuklah elaun pencen dan sebagainya.
    • Membayar segala perbelanjaan, kos dan lain-lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsinya.
    • Membayar segala kos pembelian tanah-tanah bagi mendirikan bangunan-bangunan atau infrastruktur di dalam kawasan Lembaga.
    • Membayar balik apa-apa wang yang dipinjam termasuk principal dan faedah yang dikenakan. Menyediakan Laporan Suku Tahun Prestasi Kewangan kepada pihak Perbendaharaan bagi projek-projek pembangunan Rancangan Malaysia yang dilaksanakan oleh Lembaga. Menyediakan Laporan Kewangan yang piawai bagi tujuan pengauditan.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde