BAHAGIAN PELANCONGAN

Pelancongan merupakan sektor terpenting bagi kegiatan ekonomi Pulau Langkawi. Bahagian Pelancongan ditubuhkan bagi menjadikan dan memasarkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

LADA juga mengendalikan segala hal-hal berkaitan pelancongan seperti pameran 'Langkawi International Maritime Aerospace Exhibiton' (LIMA), MATTA Fair, Festival Pelancongan, Ironman Langkawi serta yang paling terbaru ialah mempromosikan Langkawi Geopark di mata dunia. Promosi pelancongan telah diadakan di Berlin, Australia, Finland dan Dubai bagi memperkenalkan Langkawi.

FUNGSI BAHAGIAN PEMBANGUNAN PELANCONGAN

  • Meneliti program-program acara yang dianjurkan oleh kerajaan dan swasta, melaksanakan acara yang telah dirancang di dalam kalendar pelancongan
  • Meneliti dan mengkaji program-program dari pihak swasta yang memohon tajaan agar selaras dengan misi LADA untuk mejadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama.
  • Merancang program-program promosi domestik dan antarabangsa bersama Tourism Malaysia dan pihak swasta
  • Membuat kajian mengenai perantara pengiklanan yang sesuai untuk tujuan promosi dan pemasaran domestic dan antarabangsa
  • Mengumpul data-data yang berkaitan dengan pelancongan di Langkawi dan direkodkan

FUNGSI BAHAGIAN ACARA & PROMOSI

  • Memajukan industri pelancongan bagi menjanakan sumber pendapatan dan pekerjaan bagi pembangunan Langkawi
  • Mempromosikan sektor pelancongan di dalam dan luar negara secara profesional, efektif dan berterusan bagi memenuhi kehendak pelancong antarabangsa dan domestik
  • Memperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem perkhidmatan yang berkualiti
  • Menggalakkan kemasukan pelancong antarabangsa dan domestik ke Langkawi
  • Menyediakan dan mewujudkan suasana perkhidmatan yang profesional
  • Melaksanakan acara - acara yang telah dirancang di dalam kalender pelancongan
  • Meneliti dan mengkaji program-program dari pihak swasta yang memohon tajaan agar selaras dengan misi LADA bagi menjadikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde