BAHAGIAN PERANCANGAN & PEMBANGUNAN

Pada tahun 2007, Bahagian Perancangan Pembangunan terus melaksanakan tanggungjawab mengatur perancangan dan memastikan pembangunan Pulau Langkawi sebagai Pulau Pelancongan & Geopark yang bertaraf antarabangsa. Bahagian Perancangan Pembangunan ini telah mengambil tindakan merancang projek-projek Rancangan Malaysia ke 9 (RMK-9) dan tanah-tanah milik LADA.

Perancangan akan terus dijalankan supaya pembangunan sosial ekonomi dan fizikal mapan tanpa mengabaikan pemeliharaan alam semula jadi Pulau Langkawi.

FUNGSI

  • Mengemaskini maklumat dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS)
  • Menyalurkan maklumat berkenaan guna tanah dan aset LADA bagi tujuan pembangunan
  • Menyelaras mesyuarat jawatankuasa perancangan dan pembangunan LADA.
  • Menyediakan ringkasan projek bagi projek-projek baru di bawah Rancangan Malaysia (RMK)
  • Menyediakan laporan cadangan projek-projek yang dikemukan oleh pelabur/pemajuk
  • Menyediakan kertas kerja kepada Jemaah Pengarah LADA.
  • Mengawal dan memberi panduan keatas perancangan dan pembangunan projek.
  • Membuat ulasan permohonan kebenaran merancang dan laporan penilaian kesan Alam Sekitar (EIA).
  • Menyediakan maklumat perancangan kepada pelanggan, Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), MPLBP dan Menyediakan penyelenggaraan landskap di taman-taman milik LADA oleh kontraktor yang dilantik.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde