BAHAGIAN SUMBER MANUSIA

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang memainkan peranan utama dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan urus tadbir asset di LADA.

Bahagian ini berfungsi untuk menentukan hala tuju pentadbiran am menerusi perancangan, kawalan dan pengurusan yang cekap dan berkesan selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa serta sejajar dengan misi dan visi LADA. Bahagian ini juga bertindak sebagai hub pengkalan data bagi mengemas kini maklumat-maklumat perjawatan dan personel kakitangan LADA.

Selain daripada itu, bahagian ini juga bertindak mengurus dan menyelenggara infrastruktur awam milik LADA.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Pentadbiran awam
  • Perancangan sumber manusia dan pembangunan organisasi
  • Pembangunan personel
  • Pengurusan maklumat
  • Pengurusan kualiti
  • Pentadbiran kewangan
  • Mengkaji dasar-dasar berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran yang bersesuaian untuk pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah LADA
  • Mengurus dan menyelenggara asset dan premis-premis milik LADA
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde