BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Bahagian Teknologi Maklumat ditubuhkan bertujuan menguruskan segala aspek berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di LADA.

VISI

ICT SEBAGAI PEMANGKIN DI DALAM MENJADIKAN LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI SEBAGAI SEBUAH ORGANISASI YANG UNGGUL

MISI

MENGOPTIMUMKAN PENGGUNAAN ICT DALAM SEMUA URUSAN DI LEMBAGA PEMBANGUNAN LANGKAWI SEIRING DENGAN PELAKSANAAN KERAJAAN ELEKTRONIK

OBJEKTIF

  • Memastikan perkhidmatan sokongan terbaik dalam pengurusan perkakasan dan perisian ICT yang cekap dan sentiasa bersedia selaras dengan perubahan teknologi
  • Memastikan perkhidmatan terbaik dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan teras di Lembaga Pembangunan Langkawi
  • Memastikan penggunaan ICT dalam meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dalam bidang tugas yang terlibat.
  • Memastikan kesedaran tentang penggunaan ICT di kalangan semua pegawai dan kakitangan di Lembaga Pembangunan Langkawi.

FUNGSI

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat/Dasar-dasar ICT LADA
  • Merancang , mengurus dan melaksanakan dasar-dasar ICT Perkhidmatan Awam
  • Memberi khidmat nasihat dari segi perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan khidmat teknikal ICT termasuk Enterprise Architecture
  • Mengawal selia tadbir urus, integriti dan audit ICT di LADA
  • Membangunkan, mengurus dan menyelenggara semua aplikasi secara 'inhouse
  • Memantau dan menangani isu-isu pelaksanaan projek ICT
  • Memantau, mengurus dan menyelenggara sistem rangkaian dan maklumat LADA
  • Memantau dan menguruskan keselamatan sistem rangkaian
  • Mengurus operasi, menyelenggara dan memantau keselamatan perisian bilik server LADA
  • Mengawal selia Disaster recovery plan
  • Mengurus dan memantau komunikasi e-mel LADA
  • Pembudayaan ICT, pengukuhan kompetensi dan re-skilled kakitangan LADA dan komuniti terpilih
  • Merekabentuk secara in-house bahan-bahan Multimedia bagi tujuan promosi/laporan program pelancongan, sukan, pelaburan dan pembangunan komuniti
  • Mengurus dan menyelenggara laman-laman web LADA
  • Mengurusetia dan memantau keputusan mesyuarat JPICT

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyelesaikan Semua Aduan Berkenaan Masalah Perisian Dan Sistem Selewat-lewatnya Dalam tempoh Tujuh (7) Hari Bekerja
  • Mengemaskini Semua Maklumat Yang Diterima Ke Dalam Laman Web Selewat-lewatnya Dalam Tempoh Tiga (3) Hari Bekerja
  • Menyelesaikan Semua Aduan Berkenaan Masalah Perkakasan Komputer Selewat-Lewatnya Dalam Tempoh Lima (5) Hari Bekerja
  • Menyelesaikan Semua Aduan Berkenaan Masalah Talian Dan Jaringan Komputer Selewat-Lewatnya Dalam Tempoh 1 Hari Bekerja
  • Membangunkan Sistem Aplikasi Khusus Selewat-lewatnya Dalam Tempoh Tiga (3) bulan

DASAR KESELAMATAN ICT

Dasar Keselamatan ICT Lembaga Pembangunan Langkawi terdiri daripada kaedah-kaedah yang perlu diikuti tanpa pengecualian oleh kakitangan apabila menggunakan apa-apa kelengkapan ICT LADA milik atau perkhidmatan
Muat Turun Disini
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde