UNIT AUDIT DALAM

Unit Audit Dalam memainkan peranan penting membantu pihak pengurusan dalam menilai keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus LADA. Oleh itu, unit ini bertanggungjawab menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan dan pengurusan projek mengikut Rancangan Audit Tahunan yang telah diluluskan. Selain itu, pengauditan khas juga akan dijalankan mengikut keperluan dan kehendak pihak pengurusan.

FUNGSI

  • Mengkaji semula kebolehpercayaan, keutuhan dan ketepatan rekod serta data kewangan. Ini termasuk mengkaji semua kaedah yan digunakan untuk mengenal pasti, mengukur dan melaporkan maklumat serta membuat penyiasatan terhadap urus niaga, baki dan prosedur
  • Mengkaji semula system perakaunan dan kawalan dalam yang berkenaan. Ini dapat memastikan objektif pihak pengurusan tercapai dan tahap pematuhan terhadap polisi undang-undang dan peraturan
  • Menentukan semua harta milik kerajaan disimpan, direkod dan dilindungi daripada kehilangan, penipuan dan penyelewengan
  • Menilai secara teratur operasi-operasi dari segi ekonomi, kecekapan, keberkesanan dan kesesuaian dalam mana-mana sumber yang diurus dan digunakan
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi dalam bidang-bidang yang memerlukan pengubahsuaian dan pembetulanMember laporan yang bebas, objektif, jelas dan tepat pada masanya kepada pihak pengurusan mengenai perjalanan operasi
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde