UNIT INTEGRITI

Unit Integriti merupakan salah satu inisiatif LADA bertujuan untuk memastikan pegawai dan kakitangan LADA mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Hal ini seiring dengan hasrat Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

FUNGSI

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil.
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  • Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde