UNIT UNDANG-UNDANG

LADA adalah peneraju utama membawa kepada kemajuan yang pesat di Langkawi, matlamat LADA adalah bertindak sebagai satu agensi yang bertujuan untuk membangunkan Pulau Langkawi. Demi menjayakan matlamat tersebut, LADA dengan dibantu oleh Unit Undang-Undang telah mengatur strategi dalam mengemas kini hal-hal perundangan dan korporat bertujuan supaya ianya lebih mantap dan teratur. Unit Undang-Undang ini telah berusaha member khidmat nasihat perundangan bagi memastikan hak serta kepentingan LADA dilindungi dan terjamin.

FUNGSI

  • Memberi khidmat nasihat perundangan yang dirujuk kepadanya oleh Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar serta setiap Ketua Jabatan.
  • Menyedia, menyemak serta melaksanakan dokumen perundangan.
  • Menyemak perjanjian serta kontrak atau memorandum persefahaman yang dihantar oleh mana-mana Kementerian atau syarikat swasta.
  • Memastikan setiap kes berkaitan dengan LADA diteliti secara terperinci dan mengikut prosedur-prosedur undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Akta 423 dan Undang-Undang yang berkaitan.
  • Mengambil makuman setiap kes yang sedang berjalan di mahkamah, status kes tersebut, keputusan mahkamah dan melaporkan kepada pihak pengurusan.
  • Menjadi perantara dengan panel-panel peguam yang telah dilantik bagi memastikan setiap arahan berhubung dengan kes ataupun perjanjian dilaksanakan dengan segera.
  • Menghadiri kes-kes perbicaraan mahkamah sekiranya diperlukan.
PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde