
Rekabentuk keseluruhan logo ini diilhamkan daripada motif rekabentuk ‘Sarang Madu Lebah’ yang membawa banyak falsafah dan pengertian, khususnya dalam aspek pembangunan.
Kombinasi abjad L.P.L dalam logo adalah sedutan daripada perkataan Lembaga Pembangunan Langkawi yang diolah ke arah pendekatan grafik yang kukuh, dalam ertikata Lembaga sebagai pendukung dan nadi pembangunan Pulau Langkawi.
Objek-objek burung helang dan luncur layar melambangkan kebebasan Langkawi sebagai sebuah pulau pelancongan dan pelabuhan bebas cukai. Objek burung helang juga melambangkan unsur agresif Lembaga sebagai sebuah badan penggerak dalam membangunkan Pulau Langkawi. Objek rumah tradisi pula melambangkan pengekalan unsur-unsur tradisi dan alam semulajadi walaupun Langkawi bakal membangun ke arah pembangunan yang lebih pesat.
Warna HIJAU , BIRU and MERAH melambangkan keutuhan dan kekuatan.