PROFIL LADA

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA

AGENSI DI BAWAH SELIAAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia


KEPIMPINAN DAN GOVERNANS
Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah


TERAS
Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat

DASAR PEMBANGUNAN LANGKAWI

PEMBANGUNAN BANDAR

Pembangunan bandar hanya dihadkan kepada Bandar Kuah (Pusat Bandar Utama),Padang Matsirat dan Padang Lalang (Bandar sokongan)

PEMBANGUNAN PELANCONGAN

Pembagunan pelancongan hanya digalakan di kawasan bandar dan kawasan Datai, Tanjung Rhu, Teluk Burau, Pantai Tengah, Pantai Chenang dan Teluk Baru

PENGEKALAN ALAM SEKITAR

Bagi memastikan pengekalan alam sekitar, pemotongan pokok hendaklah di kawal pada tahap yang minima

KETINGGIAN BANGUNAN

Ketinggian bangunan tidak dibenarkan melebihi dari 4 tingkat kecuali di bandar Kuah sahaja. Maksima ketinggian di Kuah di tetapkan tidak melebihi 15 tingkat bagi kawasan tertentu sahaja

KAWASAN PERLINDUNGAN

Kawasan-kawasan utama pertanian padi telah di tetapkan sebagai aspek pemeliharaan dan ianya merupakan sebahagian daripada produk pelancongan yang boleh diketengahkan

STRUKTUR BERHAMPIRAN PANTAI

Bagi kawalan untuk memelihara kawasan pantai, polisi pembangunan telah menetapkan bahawa anjakkan bangunan di hadkan antara 20-80m

Akta 1990 (Akta 423) Lembaga Pembangunan Langkawi

Sila muat turun fail dengan mengetik butang di sebelah kanan
MUAT TURUN

FUNGSI

FUNGSI-FUNGSI DAN PERANAN LADA MENGIKUT BIDANG TERAS

PELANCONGAN DAN KAWASAN BEBAS CUKAI

  • Merangka strategi menyeluruh untuk pembangunan pelancongan komersial dan perniagaan bebas cukai
  • Bertindak sebagai penyelaras dengan merangka inisiatif dan mekanisme yang efektif
  • Melaksana dan menguruskan program dan projek pembangunan pelancongan
  • Membangun dan memperkasakan infrastuktur dan pemudahcara pentadbiran serta sistem penyampaian

PELABURAN

  • Menggalak pelaburan swasta untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan melalui perancangan dan pengurusan strategik
  • Melaksanakan sebahagian daripada tugas-tugas fizikal dan 'spatial' untuk menggalakkan pelaburan swasta

SOSIO-EKONOMI

  • Mewujudkan, menggalakkan serta mengusahakan program pembangunan sosio-ekonomi
  • Menyelaraskan program dan aktiviti yang berkaitan
  • Merancang, menyelaras dan melaksana program bagi penglibatan masyarakat di dalam sektor-sektor ekonomi

BERPANDUKAN AKTA 423, LADA MENDAPAT MANDAT DAN KEPERCAYAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBANGUNAN SEIRING DENGAN STRATEGI DAN DASAR LADA :

  • Menjalankan segala aktiviti sama ada berbentuk pelancongan, komersial atau industri.
  • Berkerjasama dengan pihak ketiga dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh LADA.
  • Menghulurkan pertolongan, bantuan kewangan atau seumpamanya kepada pihak ketiga yang mempunyai keupayaan melaksanakan aktiviti-aktiviti pelancongan, komersial atau industri.

VISI KAMI

MENJADI AGENSI PENERAJU UNTUK PEMBANGUNAN LANGKAWI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN BERTARAF DUNIA
TAN SRI KHALID BIN RAMLI
TAN SRI KHALID BIN RAMLIKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - Lembaga Pembangunan Langkawi

MISI KAMI

MENGGERAKKAN PELAKSANAAN PEMBANGUNAN INDUSTRI PELANCONGAN LANGKAWI YANG MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT, NEGERI DAN NEGARA MELALUI PERANCANGAN YANG STRATEGIK SERTA TADBIR URUS YANG BERKESAN
TAN SRI KHALID BIN RAMLI
TAN SRI KHALID BIN RAMLIKETUA PEGAWAI EKSEKUTIF - Lembaga Pembangunan Langkawi

PIAGAM PELANGGAN

  • Melaksanakan 10 program/aktiviti promosi pelancongan domestik/antarabangsa setahun
  • Memberi maklumbalas aduan/pertanyaan 7 hari bekerja
  • Membuat bayaran dalam masa 14 hari bekerja
LADA

CARTA ORGANISASI

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde