e-KEPUTUSAN

PERTANYAAN/PENDAPATTARIKH KAJIAN BERMULATARIKH KAJIAN BERAKHIRSTATUSLAPORAN
APAKAH TARIKAN UTAMA DI LANGKAWI?
24 Julai 2016
31 Ogos 2016
Langkawi Skycab55%
Kilim Geoforest Park35%
Laman Padi5%
Dayang Bunting Lake5%
Eagle Square1%
Lagenda Park Lake3%
Ayer Hangat Village2%
Underwater World Langkawi5%
Telaga Tujuh Waterfall1%
Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise2%
MARDI Agrotech Park2%
Gunung Raya Lookout Tower1%
Temurun Waterfall1%
Crocodile Adventureland1%
Langkawi Crafts Complex1%
Pulau Payar Marine Park1%

Langkawi merupakan sebuah destinasi pulau pelancongan utama di Malaysia dan amat sinonim dikaitkan dengan lagenda Mahsuri. Selain daripada itu juga, Langkawi turut diisytiharkan sebagai sebuah geopark yang ke – 52 di dunia dan pertama di Asia Pasifik oleh UNESCO pada tahun 1 Julai 2007.

Pengisytiharan ini merupakan nilai tambah kepada industri pelancongan di Langkawi dan menjadikan alam semula jadi sebagai tarikan utama. Peningkatan jumlah kemasukan pelancong setiap tahun membuktikan bahawa pulau Langkawi mampu menyaingi destinasi pulau pelancongan di rantau ini. Menyedari perkara ini, kerajaan melalui Blueprint Pelancongan Langkawi 2011-2015 telah menggariskan satu pelan komprehensif bagi memperkasa sektor pelancongan. Pelan yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak pada 8 Disember 2011, menggariskan pelbagai inisiatif bagi melonjakkan kedudukan Langkawi sebagai dihantar 10 pulau dan eko-pelancongan terbaik di dunia menjelang 2015.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan agensi yang bertindak sebagai agensi penyelaras bagi memastikan pembangunan industri pelancongan di pulau Langkawi sejajar dengan hasrat kerajaan. Dalam usaha ini, pada 24 Julai 2016, LADA telah menjalankan satu kajian untuk memperoleh pendapat awam berkaitan produk paling popular di pulau Langkawi. Terdapat 16 produk pelancongan yang utama telah disenaraikan.

Tujuan utama diadakan kajian ini adalah untuk menentukan kawasan tarikan utama pelancong di Langkawi dan berdasarkan maklumat yang diperolehi, pihak bertanggungjawab dapat mengenal pasti inisiatif yang perlu dan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan tersebut.

Hasil daripada kajian tersebut, 55% daripada pelancong memberikan pendapat Langkawi Skycab sebagai tarikan utama di Langkawi. Kilim Geoforest Park 35%, manakala Laman Padi, Tasik Dayang Bunting, dan Under Water World Langkawi sebanyak 5%. Manakala Taman Lagenda, Taman Burung dan MARDI Agrotech Park sebanyak 2%. Selebihnya Eagle Square, Telaga Tujuh, Gunung Raya, Temurun, Kraf Langkawi dan Pulau Payar sebanyak 1%.

Melalui hasil dan kajian ini, LADA akan berusaha meningkatkan produk-produk pelancongan supaya ke semua produk yang disediakan menarik minat pelancong dan memberi perkhidmatan yang terbaik.

PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. QR Cde