Upcoming Events

Views Navigation

Event Views Navigation

Today

Liga Bola Sepak Langkawi : Piala LADA

Kompleks Sukan Langkawi

Kejohanan Liga Bola Sepak Langkawi Piala LADA merupakan salah satu program yang direncanakan dalam melahirkan komuniti yang mengamalkan budaya hidup sihat serta menghindari aktiviti pelencongan sosial. Kejohanan yang digemari oleh golongan belia ini terbukti telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan oleh pemain serta kehadiran penonton khasnya penyokong pasukan pemain yang menyaksikan perlawanan sepanjang kejohanan ini [...]

Langkawi Lifeguard Challenge 2024

Langkawi langkawi, LANGKAWI, KEDAH, Malaysia

Pertandingan Cabaran Pengawal Penyelamat Langkawi 2024 bersedia menjadi acara yang menyatukan pengawal penyelamat berkemahiran di seluruh dunia untuk mempamerkan kehebatan menyelamat air di Langkawi. Pertandingan ini menekankan kepada peranan penting penyelamat dalam keselamatan pantai, melibatkan peserta dalam senario menyelamat dan menguji ketangkasan, kekuatan serta membuat keputusan. Ia juga memupuk persahabatan dan menjadi platform perkongsian pengetahuan, [...]

Majlis Anugerah Kecemerlangan Langkawi (A-Kawi)

Langkawi langkawi, LANGKAWI, KEDAH, Malaysia

Majlis A-KAWI merupakan program tahunan yang terdapat di dalam kalendar Program Pembangunan Komuniti LADA. Program ini adalah satu inisiatif LADA dalam memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Program kerjasama LADA bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) [...]

Program I-Fit- Langkawi

Kompleks Sukan Langkawi

Program I-Fit merupakan aktiviti senam berkonsepkan aerodance yang lebih menyeronokkan dan menjadi kegemaran masyarakat pada masa ini terutamanya golongan belia. Program yang direncanakan ini dapat melahirkan komuniti yang mengamalkan budaya hidup sihat selain dapat melahirkan masyarakat dalam keadaan yang cergas seterusnya menjadikan Langkawi sebagai sebuah arena sukan berkonsepkan aerodance yang ternama.

Langkawi Legendary Ride 2024

Dataran Mar Mar

The Langkawi Legendary Ride ialah acara berbasikal pelbagai kategori terbuka kepada kumpulan amatur dan berpengalaman. Tidak seperti perlumbaan yang lebih kompetitif, acara ini mempromosikan keseronokan sambil berbasikal dan kemesraan antara peserta yang terdiri daripada rakan serta keluarga. Acara boleh disertai oleh semua pihak dan tidak tertumpu semata-mata kepada penunggang basikal profesional, tetapi menggalakkan penyertaan daripada [...]

Forum Mega Penghayatan Islam

Kompleks Sukan Langkawi

Program kerjasama LADA bersama Jabatan Agama Islam Langkawi. Pelbagai acara diadakan seperti pertandingan azan, pertandingan berzanji, pertandingan bacaan al-quran, pertandingan asyura dan ceramah agama. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga wakil-wakil komuniti di Langkawi

Go to Top