GALERI UCAPAN

MAAF, TIADA KEKOSONGAN JAWATAN PADA MASA INI. TERIMA KASIH

Tahun 2015 merupakan tahun akhir pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi yang telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak pada 8 Disember 2011. Blueprint ini merupakan satu pelan komprehensif terbaik yang menggariskan pelbagai inisiatif bagi melonjakkan kedudukan Langkawi untuk mencapai matlamat menjadi antara 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik pada tahun 2015. Sebanyak 14 inisiatif telah dilaksanakan dengan tiga fokus utama iaitu pembolehdaya, infrastruktur dan produk.

SASARAN BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI 2015

DESTINASI PELANCONGAN

Menjadi Antara 10 PULAU & DESTINASI Eko-Pelancongan Terbaik Dunia

KEDATANGAN PELANCONG

3 JUTA Kedatangan Pelancong & Pelawat

PENDAPATAN PELANCONGAN

RM3.8 BILLION Pendapatan Pelancongan

NILAI PELABURAN

RM5 BILLION Nilai Pelaburan

PELUANG PEKERJAAN

4,200 Peluang Pekerjaan Baru

INISIATIF BLUEPRINT PELANCONGAN LANGKAWI

PRODUK

6 INISIATIF

INFRASTRUKTUR

4 INISIATIF

PEMBOLEHDAYA

3 INISIATIF
  • Ikonik Geopark
  • Chenang Berwajah Baru
  • Penginapan Mewah & Barat Laut Yang Meriah
  • Muzium Hidup
  • MICE Bitara
  • Program Pengiktirafan
  • Jaringan Pengangkutan
  • Mobiliti Darat
  • Kesihatan & Sanitasi
  • Titik Sentuh Sasaran
  • Akademi Pelancongan
  • Penjenamaan & Pemasaran
  • Pertanian & Perikanan

STATUS PELAKSANAAN PROJEK

Inisiatif Blueprint Pelancongan Langkawi keseluruhannya adalah berjumlah 88, dengan peruntukan sebanyak RM310,830,903.00. Berdasarkan jadual pelaksanaan projek yang disediakan oleh agensi-agensi pelaksana di bawah Blueprint, status pelaksanaan projek mengikut tahap penyampaian sehingga 31 DISEMBER 2015 adalah seperti berikut:

SELESAI DILAKSANAKAN55%
DALAM PELAKSANAAN35%
PENYEDIAAN DOKUMEN5%
TAWARAN5%
BELUM MULA1%

PENCAPAIAN/KEBERHASILAN

Bermula tahun pertama pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi ini, pelbagai usaha dan inisiatif pengukuhan yang dilaksanakan telah menjurus kepada outcome dan sasaran yang ditetapkan. Sehingga kini, pencapaian outcome Blueprint telah menunjukkan pencapaian yang positif dan cemerlang melepasi sasaran yang ditetapkan dari aspek kedatangan pelancong, pendapatan pelancongan, nilai pelaburan dan tambahan peluang pekerjaan. Rajah dibawah menunjukkan pencapaian outcome Blueprint Pelancongan Langkawi sehingga 31 DISEMBER 2015:

KEDATANGAN PELANCONG
2015 - 3.62 JUTA
2014 - 3.60 JUTA
2013 - 3.41 JUTA
2012 - 3.06 JUTA
PENDAPATAN PELANCONGAN
2015 - RM5.6 BIL
2014 - RM5.2 BIL
2013 - RM4.5 BIL
2012 - RM2.6 BIL
PELABURAN
2015 - RM11.9 BIL
2014 - RM10.3 BIL
2013 - RM8.98 BIL
2012 - RM5.08 BIL
PELUANG PEKERJAAN
2015 - 7,896
2014 - 6,608
2013 - 5,389
2012 - 3,600

Secara ringkasnya kedatangan pelancong dan pelawat bagi tahun 2012 hingga 2015 telah merekodkan jumlah pengunjung melebihi 3 juta orang menunjukkan peningkatan 20% dimana telah melepasi sasaran yang ditetapkan oleh Blueprint Pelancongan Langkawi. Rekod ini menunjukkan bahawa pelaksanaan inisiatif/projek di bawah Blueprint ini telah memberikan kesan outcome yang memberangsangkan terhadap industri pelancongan Langkawi. Pencapaian ini adalah hasil usaha dan kerjasama erat antara penggiat industri pelancongan, penduduk Langkawi dan semua agensi pelaksana di bawah Blueprint.

Kajian terbaru yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Malaysia juga menunjukkan bahawa purata perbelanjaan pelancong ke Langkawi bagi tempoh penginapan selama 3 hingga 4 malam terdapat peningkatan iaitu sebanyak RM1,500 bagi pelancong domestik dan RM3,100 bagi pelancong antarabangsa. Berdasarkan purata perbelanjaan tersebut jumlah keseluruhan perbelanjaan pelancong yang hanya menginap di hotel sehingga suku tahun ketiga 2015 adalah sebanyak RM3.99 bilion.

Pelaksanaan Blueprint ini juga telah menggalakkan kemasukan pelaburan ke Langkawi. Sehingga kini, nilai pelaburan yang dimuktamadkan adalah bernilai RM11.9 billion dan telah melebihi sasaran yang telah ditetapkan oleh Blueprint. Sektor pelaburan ini terdiri daripada pembangunan hotel, pusat tarikan pelancongan, perumahan dan pusat komersil. Daripada jumlah ini, sebanyak RM6.4 bilion projek dalam fasa pelaksanaan.

Dari aspek peluang pekerjaan, statistik Jabatan Tenaga Kerja telah merekodkan jumlah pertambahan peluang pekerjaan yang berjaya diwujudkan sejak tahun 2011 adalah sebanyak 7,399 yang berpendapatan RM2,000 ke atas. Jumlah ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Blueprint telah memberikan impak yang sangat besar dalam menjana pekerjaan baru serta guna tenaga di Langkawi.

Lain-lain indicator yang turut menunjukkan pencapaian outcome terhadap pelaksanaan Blueprint Pelancongan Langkawi juga adalah peningkatan pengangkutan udara. Pelbagai kaedah dan strategi telah giat dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta LADA sendiri bagi meningkatkan semula jumlah kemasukan pelancong ke Langkawi antaranya meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan antarabangsa, menggiatkan program promosi domestik dan melaksanakan promosi melalui pemasaran digital. Sehingga 31 Disember 2015, jumlah penerbangan berjadual yang direkodkan adalah sebanyak 227 seminggu manakala bagi penerbangan sewa khas (charter flights) adalah sebanyak 53 penerbangan (peningkatan sebanyak 51% berbanding 2014).

PENGIKTIRAFAN

Pada tahun 2015, Langkawi sekali lagi telah dipilih oleh Trip Advisor sebagai “Traveler’s Choice” untuk tiga tahun berturut-turut selain menyenaraikan sebagai “Top 10 Island In Asia”. Google juga menobatkan Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi paling popular di antara 10 destinasi yang menjadi tumpuan pengguna enjin cariannya sepanjang 2015.

Pengiktirafan yang diterima ini,mencatatkan Langkawi berada pada landasan yang tepat dalam mencapai sasaran Blueprint Pelancongan Langkawi iaitu menjadikan Langkawi sebagai 10 pulau dan destinasi eko-pelancongan terbaik di dunia.

Walaupun, tiada badan atau organisasi khusus diperingkat antarabangsa yang memantau ranking kedudukan destinasi pelancongan dunia. LADA terus memantau kedudukan Langkawi menerusi majalah pelancongan terkemuka dunia dan laman-laman web utama seperti Trip Advisor, Lonely Planet, National Geographic, BBC Travel dan CNN Travel.

e-PENYERTAAN

Arkib e-Penyertaan boleh didapati di sini

KLIK DISINI

ARKIB AKTA-AKTA LADA

Akta 1990 (Akta 423) Lembaga Pembangunan Langkawi

Sila muat turun fail.
MUAT TURUN

ARKIB PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS

2015

PERTANYAAN/ADUAN

MAKLUMBALAS

Kerosakan Tandas di Pekan Rabu

Harap dapat segerakan pembaikan tandas di Kompleks Pekan Rabu. Sudah seminggu perkara ini berlarutan dan tiada apa-apa tindakan. Kami yang penyewa disini terpaksa pergi ke tandas di masjid atau Jeti pelancongan. Cuba bayangkan kalau tuan/puan berada di tempat kami, pelancong juga ada menyuarakan ketidpuasan hati mereka. Bukan niat hendak menyalahkan mana-mana pihak tapi apakan ini imej atau mesej Langkawi yang kita bawa di mata pelancong-pelancong yang ke sini. Di harap pihak LADA sebagai tuan punya bangunan dapat bertindak secepat mungkin sebelum perkara ini kita sebarkan di media massa.

01 Mac 2015

Mohd Faizal bin Osman
Pembaikan tandas di Kompleks Pekan Rabu dilaksanakan mengikut beberapa fasa dan sehingga 04 Mac 2015, pembaikan kesemua tandas telah pun siap dilaksanakan.

Kelewatan Penerimaan Bil Sewaan Bangunan

Pihak kami ingin memohon maklum balas segera mengenai kelewatan penghantaran bil bagi lot 101,102 dan 103, Kompleks Pekan Rabu. Untuk makluman pihak tuan/puan, pihak kami masih belum menerima bil sewaan bagi lot tersebut sejak Januari – Februari 2015. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama agar pihak tuan dapat menyegerakan penghantaran bil tersebut bagi memudahkan pembayaran bil dibuat oleh pihak ibu pejabat.

05 Mac 2015

Norshazwani bt Sobri
Pihak LADA telah pun menghantar bil bagi penyewaan Lot 101, 102 dan 103 Kompleks Pekan Rabu terus ke alamat SPAD, Sungai Petani seperti yang telah diminta oleh tuan KPP Muhamad Syahrin Darin Abdullah dalam email bertarikh 11 Disember 2014. Dalam email tersebut beliau meminta agar bil sewaan bulanan pejabat Langkawi dihantar ke alamat Pejabat Sungai Petani bermula Januari 2015. Justeru kami telah pun menghantar bil tersebut ke alamat berikut. Walaubagaimanapun, kami akan turut memberikan salinan bil tersebut kepada pihak puan pada masa akan datang supaya masalah ini tidak berulang.

Aduan Surau Kompleks Pekan Rabu

Untuk makluman tuan/puan, pihak kami ingin memaklumkan bahawa ada beberapa orang lelaki yang tidak dikenali tidur di bahagian tepi surau perempuan di Kompleks Pekan Rabu tingkat 2. Pihak kami memaklumkan kepada pihak tuan kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku serta sedikit sebanyak menjejaskan imej kompleks ini. Dengan ini, pihak kami berharap jasa baik dan keprihatinan pihak tuan agar dapat mengambil tindakan segera supaya masalah ini dapat diatasi dengan segera.

23 Mac 2015

Fatin Fasehah bt Mohd Fauzi
Pihak LADA telah membuat lawatan dan pemeriksaan pada waktu tengahari di Surau Perempuan Kompleks Pekan Rabu dan mendapati tidak terdapat sesiapa yang tidur di ruang solat perempuan. Pihak LADA juga telah bertanya kepada beberapa orang peniaga di tingkat bawah dan mereka memberitahu kadang-kadang terdapat pekerja kedai makan di bangunan tersebut yang berehat di kawasan surau perempuan.

Pihak LADA telah mengambil tindakan dengan meletakkan notis “Di Larang Tidur” di kawasan surau perempuan supaya pengguna surau lelaki tidak tidur di kawasan surau perempuan yang mana boleh menimbulkan rasa kebimbangan kepada kaum wanita yang menggunakan surau tersebut.

Aduan Berkenaan Taman Lagenda

Untuk makluman pihak tuan, keadaan Taman Lagenda kini semakin teruk. Lalang dan rumput yang panjang serta tasik yang kotor telah memberi satu pandangan yang kurang senang bagi pengunjung yang datang ke sini. Bagi saya hal ini sangat penting untuk dititik beratkan kerana Taman Lagenda merupakan salah satu tempat rekreasi yang utama di Kuah, Langkawi. It would give some bad impression especially for their first impression when they come here. Oleh itu,saya berharap pihak tuan mengambil tindakan secepat dan sewajarnya untuk memulihkan kondisi Taman Lagenda bagi menjaga nama baik Langkawi dan lagendanya itu sendiri.

19 April 2015

Zafinas bt Azahani
Pihak LADA telah menjalankan siasatan dan mendapati kontraktor penyelenggaraan landskap yang dilantik sebelum ini tidak melaksanakan kerja dengan sempurna dan kerja – kerja pemotongan rumput tidak dilaksanakan mengikut jadual. Hal ini telah menyebabkan kontraktor tersebut telah ditamatkan perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, bagi menangani masalah tersebut, pihak LADA telah melantik kontraktor kecemasan bagi menjalankan kerja – kerja penyelenggaraan landskap di Taman Lagenda. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah siap dilaksanakan pada 20 Mei 2015. Disamping itu juga, pihak LADA telah membuka sebutharga bagi melantik kontraktor baru untuk menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan landskap di Taman Lagenda.

Aduan Bocor di Premis Perumahan LADA

Berlaku kebocoran saluran najis di Blok I-205 (saya tinggal Blok I-105) dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan di kediaman saya. Saya mengesan kebocoran tersebut kerana terdapat bekas/tanda di dinding rumah saya dan bau busuk di dapur rumah saya. Harap pihak tuan dapat mengambil tindakan segera.

29 April 2015

Azlina Faziera bt Ahmad
Pihak LADA telah menjalankan siasatan dan mendapati kontraktor penyelenggaraan landskap yang dilantik sebelum ini tidak melaksanakan kerja dengan sempurna dan kerja – kerja pemotongan rumput tidak dilaksanakan mengikut jadual. Hal ini telah menyebabkan kontraktor tersebut telah ditamatkan perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, bagi menangani masalah tersebut, pihak LADA telah melantik kontraktor kecemasan bagi menjalankan kerja – kerja penyelenggaraan landskap di Taman Lagenda. Kerja-kerja penyelenggaraan tersebut telah siap dilaksanakan pada 20 Mei 2015. Disamping itu juga, pihak LADA telah membuka sebutharga bagi melantik kontraktor baru untuk menjalankan kerja- kerja penyelenggaraan landskap di Taman Lagenda.

Kerja-kerja pengubahsuaian Blok H-104, Taman Desa Permata

Adalah dimaklumkan saya adalah suami kepada Nor Azizah binti Nordin penyewa Blok H104,Taman Desa Permata,Kuah, Langkawi merayu kepada pihak tuan agar dapat memantau dan memastikan kerja-kerja yang dilakukan oleh Kontraktor lantikan pihak tuan dapat dijalankan dengan kadar segera. Ini adalah kerana tempoh yang diambil oleh pihak berkenaan telah 9 hari berlalu (Isnin 11/05/2015 sehingga Selasa 19/05/2015) yang mana kerja-kerja tersebut masih belum disiapkan.Keadaan ini amat menyedihkan yang mana rutin harian saya terganggu. Keadaan rumah lintang pukang, kerja-kerja memasak untuk keperluan anak tidak dapat dilakukan, kebersihan rumah amat teruk dan menjejaskan kesihatan anak-anak ekoran debu simen serta mozek yang memenuhi rumah.

Untuk perhatian pihak tuan, faktor utama saya membuat rayuan dan aduan ini adalah kerana keselamatan isteri dan anak-anak saya yang tidak terjamin dan terpaksa berada dirumah dan persekitaran yang sama dengan orang-orang yang tidak dikenali dan rasionalkah membiarkan orang asing bebas dirumah kita tanpa kehadiran kita. Hal ini tidak menjadi masalah kepada saya jika tempoh kerja-kerja tersebut sehari atau dua hari sahaja.Timbul persoalan difikiran saya bila agaknya masalah ini akan selesai dan takkan tidak ada peraturan-peraturan,tempoh yang ditetapkan LADA yang perlu dipatuhi oleh pihak LADA kepada kontraktor-berkenaan.Sehubungan dengan itu,saya memohon pertimbangan dan tindakan sewajarnya daripada pihak dengan kadar segera.

19 Mei 2015

Mokhtar Mustapa
Adalah dimaklumkan bahawa, pihak LADA telah menjalankan siasatan dan mendapati bahawa terdapat perselisihan faham diantara penyewa dan pihak kontraktor berkaitan kerja-kerja pengubahsuaian rumah.Sehubungan dengan itu, pihak LADA telah mengarahkan pihak kontraktor untuk menyiapkan kerja - kerja pembaikan rumah tersebut dengan kadar segera memandangkan terdapat anak-anak kecil yang mendiami rumah tersebut.

Tidak perihatin dan mesra pelanggan terhadap golongan tua dan OKU

Saya rasa amat kecewa dengan sikap dan cara pengurusan pihak tuan berkaitan servis feri dari Jeti Kuala Perlis ke Langkawi. Saya telah membeli tiket di kaunter tijet pada 05 Jun 2015 jam lebih kurang 2.30 pm. Semasa urusan pembelian tiket untuk tarikh 06 Jun 2015, saya telah memberitahu kepada kaunter bahawa ibu saya seorang yang berkerusi roda yang mengalami masalah untuk naik dan turun tangga. Saya telah memohon untuk untuk meminta tempat duduk yang tidak memerlukan ibu saya menuruni atau menaiki tangga yang lebih dari 1 anak tangga. Pegawai yang bertugas di kaunter faham dan member tiket.

Pada mulanya saya memohon tiket jam 8.15 am tetapi penuh. Beliau memberi tiket jam 8.30 pagi. Saya amat berharap pihak tuan ambil tahu dan prihatin terhadap isu penumpang terutamanya bagi yang kurang upaya. Jangan hanya kita gambarkan di dalam iklan bahawa kita adalah rakyat yang ramah dan prihatin terhadap penumpang tetapi disebalik realitinya kita masih tiada sikap ingin rasa simpati dan rasa tanggungjawab. Sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam perjalanan ini yang kurang upaya akan mendapat masalah yang besar akibat daripada ketidakaturan struktur penumpang.

06 Jun 2015

Zalelawati bt Zainudin
Untuk makluman pihak puan, pengurusan Kaunter tiket dan feri adalah dibawah kawal selia syarikat Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. Berikut disertakan maklum balas yang kami terima daripada En. Gaddafi, Pegawai Teknologi Maklumat, Syarikat Ferry Line Ventures Sdn. Bhd yang menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai aduan puan. “ Pihak Pengurusan Langkawi Ferry Line Sdn. Bhd memohon maaf atas masalah yang timbul sepanjang perjalanan puan ke Langkawi. Untuk makluman puan, tiket feri dicetak menerusi sistem dan nombor tidak boleh dipilih kerana ia akan menyukarkan pihak kami mengenalpasti bilangan penumpang dan lain-lain. Kami memohon maaaf kerana kelemahan pegawai bertugas dikaunter yang gagal memaklumkan kepada puan mengenai hal tersebut. Pihak kami sekali lagi memohon maaf atas masalah yang berlaku dan akan memperbaiki kelemahan tersebut demi keselesaan penumpang pada masa akan datang”.



PENAFIAN
Kerajaan Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

QR CODE:
QR Cde
  • LANGGAN BULLETIN
  • Facebook Twitter Mobile App
  • KEMASKINI TERAKHIR:
    Rabu, 21 Ogos 2019