Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) diperbadanankan di bawah Akta Parlimen untuk membangunkan Pulau Langkawi serta memajukannya sebagai DESTINASI PELANCONGAN ANTARABANGSA
AGENSI DI BAWAH SELIAAN KEMENTERIAN KEWANGAN
Ditubuhkan pada 15 Mac 1990 dan diletakkan di bawah tanggungjawab Perbendaharaan Malaysia
KEPIMPINAN DAN GOVERNANS
Mendapat sokongan daripada YB Menteri Kewangan II dan YAB Menteri Besar Kedah dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah
TERAS
Mengutamakan pembangunan bersepadu melalui perancangan strategik, amalan pengurusan terbaik dan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, industri dan pemimpin masyarakat
DASAR PEMBANGUNAN LANGKAWI

Akta 1990 (Akta 423) Lembaga Pembangunan Langkawi
Sila muat turun fail dengan mengetik butang di sebelah kanan
FUNGSI
FUNGSI-FUNGSI DAN PERANAN LADA MENGIKUT BIDANG TERAS
PELANCONGAN DAN KAWASAN BEBAS CUKAI
- Merangka strategi menyeluruh untuk pembangunan pelancongan komersial dan perniagaan bebas cukai
- Bertindak sebagai penyelaras dengan merangka inisiatif dan mekanisme yang efektif
- Melaksana dan menguruskan program dan projek pembangunan pelancongan
- Membangun dan memperkasakan infrastuktur dan pemudahcara pentadbiran serta sistem penyampaian
PELABURAN
- Menggalak pelaburan swasta untuk pembangunan Langkawi sebagai destinasi pelancongan melalui perancangan dan pengurusan strategik
- Melaksanakan sebahagian daripada tugas-tugas fizikal dan 'spatial' untuk menggalakkan pelaburan swasta
SOSIO-EKONOMI
- Mewujudkan, menggalakkan serta mengusahakan program pembangunan sosio-ekonomi
- Menyelaraskan program dan aktiviti yang berkaitan
- Merancang, menyelaras dan melaksana program bagi penglibatan masyarakat di dalam sektor-sektor ekonomi
BERPANDUKAN AKTA 423, LADA MENDAPAT MANDAT DAN KEPERCAYAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN UNTUK MELAKSANAKAN AKTIVITI PEMBANGUNAN SEIRING DENGAN STRATEGI DAN DASAR LADA :
- Menjalankan segala aktiviti sama ada berbentuk pelancongan, komersial atau industri.
- Berkerjasama dengan pihak ketiga dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh LADA.
- Menghulurkan pertolongan, bantuan kewangan atau seumpamanya kepada pihak ketiga yang mempunyai keupayaan melaksanakan aktiviti-aktiviti pelancongan, komersial atau industri.
VISI KAMI
MISI KAMI
PIAGAM PELANGGAN
- Melaksanakan 10 program/aktiviti promosi pelancongan domestik/antarabangsa setahun
- Memberi maklumbalas aduan/pertanyaan 7 hari bekerja
- Membuat bayaran dalam masa 14 hari bekerja

CARTA ORGANISASI
