Soalan Lazim2021-07-19T12:05:10+08:00
Apakah saluran maklum balas/aduan yang disediakan oleh LADA?2021-07-25T15:59:22+08:00

Maklum balas/aduan boleh disalurkan melalui atas talian iaitu e-mail support@lada.gov.my , laman web www.lada.gov.my , laman sosial rasmi LADA dan juga secara fizikal dengan mengisi borang maklum balas pelanggan.

Berapakan lama aduan akan diselesaikan?2021-07-25T15:58:51+08:00

Aduan am LADA akan diselesaikan dalam masa 7 hari bekerja manakala aduan yang melibatkan peruntukan kewangan akan diselesaikan dalam masa 30 hari bekerja.

Aduan pelbagai akan disalurkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan.

Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan CSR LADA?2021-07-25T15:58:13+08:00

Permohonan boleh dibuat secara bertulis kepada Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Apakah kategori sumbangan CSR LADA?2021-07-25T15:57:31+08:00

Sumbangan CSR LADA mempunyai 4 Teras Utama:

  1. Kecemasan / Kemalangan / Bencana Alam
  2. Penghargaan
  3. Kebajikan dan Perpaduan
  4. Hebahan dan Publisiti
Apakah prosedur untuk melakukan lawatan rasmi ke LADA?2021-07-25T15:56:23+08:00

Permohonan boleh dibuat secara bertulis atau e-mail kepada Ketua Pegawai Eksekutif LADA.

Bagaimana hendak mengenal pasti = lampu kawasan / jalan yang dibawah seliaan LADA?2021-07-25T15:55:33+08:00

ampu jalan milik LADA mempunyai tanda nama LADA serta singkatan nama jalan Kawasan tersebut yang tertepa pada tiang lampu.

Contoh:

LADA – Lembaga Pembangunan Langkawi
BER – Jalan Beringin (singkatan Nama Jalan)
10 – Nombor tiang

Pembayaran kepada pembekal/kontraktor dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap dikemukakan kepada Bahagian Kewangan LADA. Walau bagaimanapun, bilangan hari tersebut tidak termasuk tempoh kuiri sekiranya dokumen yang dikemukakan tidak lengkap/sempurna.2021-07-25T15:54:06+08:00

Jalan di bawah seliaan LADA adalah seperti berikut:

  • Jalan kuala Sungai Melaka.
  • Jalan Belakang Kompleks Sukan.
Berapa hari tempoh pembayaran bagi perkhidmatan/bekalan setelah pembekal/kontraktor mengemukakan dokumen tuntutan kepada LADA?2021-07-25T15:52:40+08:00

Pembayaran kepada pembekal/kontraktor dibuat dalam tempoh 14 hari setelah dokumen lengkap dikemukakan kepada Bahagian Kewangan LADA. Walau bagaimanapun, bilangan hari tersebut tidak termasuk tempoh kuiri sekiranya dokumen yang dikemukakan tidak lengkap/sempurna.

Bagaimanakah untuk menyemak/mengetahui status tuntutan saya?2021-07-25T15:52:00+08:00

Segala butiran mengenai tuntutan boleh disemak dengan menggunakan Sistem B4teen yang telah diwujudkan oleh LADA.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan Sistem B4teen untuk menyemak tuntutan saya?2021-07-25T15:51:19+08:00

Tuan/puan boleh mengakses http://b14.lada.gov.my/ dengan menggunakan

Log in ID: email pembekal/kontraktor yang telah didaftarkan dengan LADA.

Access code: Nombor pendaftaran SSM (tanpa -)

Apakah kaedah atau medium pembayaran kepada LADA?2021-07-25T15:50:37+08:00

Bayaran boleh dibuat secara elektronik seperti kad debit/kredit/jomPay.

Bolehkah saya membuat bayaran kepada LADA menggunakan Cash/Cheque Deposit Machine (CCDM) di bank?2021-07-25T15:49:54+08:00

Boleh, dengan syarat emelkan bukti bayaran kepada kewangan@lada.gov.my dalam tempoh 24 jam.

Berapakah anak syarikat milikan LADA?2021-07-25T15:22:25+08:00

LADA mempunyai sembilan (9) anak syarikat seperti berikut:

Kategori Milikan Nama Syarikat Teras Perkhidmatan
Milik penuh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB) Tourism & Transportation
Milik penuh LADA Eco-Tourism Sdn. Bhd. (LETSB) Tourism & Hospitality
Milik penuh International Eagle Resourses Plantation & Property Development Services
Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) Management & Port Operator
Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu Intergrated Nautical Resources (INR) Design, Development, Construction and Operation Of The Luxury Hotel
Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu Garudi Suci Sdn. Bhd. (GSSB) Design, Development, Construction and Operation Of The Luxury Hotel
Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu Royal Langkawi Yacht Club (RLYC) Boating Industry
Pelaburan Dalam Syarikat Bersekutu Elegant Services Sdn. Bhd. Jetty Operator
Syarikat yang LADA Mempunyai kepentingan Telaga Harbour Sdn. Bhd. (THSB) Pengurus & Operator Pelabuh
Berapakah Jumlah Projek RMKe 12 RP1 2021 dibawah seliaan LADA?2021-07-25T10:40:10+08:00

Terdapat 13 projek RMKe-12 RP1 2021 di bawah seliaan LADA. Senarai projek adalah seperti berikut:

  • Projek Pembinaan Jalan Dari Kuala Temonyong Ke Telok Baru Dan Pantai Tengah, Langkawi, Kedah;
  • Cadangan Membina Baharu Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village, Langkawi, Kedah Darul Aman;
  • Projek Menaiktaraf Tandas Dan Menggantikan Sistem Pembentungan Di Tasik Dayang Bunting;
  • Projek Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Meroboh dan Membina Semula Bangunan Auditorium Kota Mahsuri;
  • Projek Meroboh dan Membina Semula Kemudahan Jeti Pendaratan Pelancongan di Teluk Mempelam, Pulau Langgun;
  • Projek Meroboh dan Membina Semula Kemudahan Jeti Pendaratan Pelancongan di Gua Cherita;
  • Cadangan Penggantian Pontoon Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Jeti Teluk Bujur, Pulau Tuba, Langkawi, Kedah Darul Aman;
  • Projek Membaik Pulih dan Menaiktaraf Jeti Pelancongan Kuah;
  • Kerja Menaiktaraf Dewan MIEC, Langkawi;
  • Membina Dan Menyiapkan Baru Jeti Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Gua Langsir, Kilim Karst Geoforest Park, Mukim Ayer Hangat, Langkawi;
  • Pembinaan Bangunan Asrama Pelajar, Kemudahan Kafeteria Pelajar Dan Menaiktaraf 5 Blok Asrama Pelajar Sediada Serta Kemudahan-Kemudahan Lain Di Langkawi Tourism Academy (LTA) @ Kolej Komuniti Langkawi; dan

Projek Baikpulih Jeti, Membina Sistem Bekalan Air Bersih Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Di Pusat Taman Laut Pulau Payar.

Apakah jenis pelaburan yang diurus tadbir oleh Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan?2021-07-25T10:38:01+08:00

Bahagian ini berperanan sebagai pemudah cara kepada urusan pelaburan hartanah di tanah milik LADA sahaja

Bagaimana Bahagian Pelaburan dan Pemudahcara Perniagaan boleh membantu pelabur seperti anda?2021-07-25T10:36:17+08:00
  • Bahagian ini berperanan mengurus dan menyelaras pemprosesan permohonan pelaburan hartanah LADA.
  • Bahagian ini menerima, mengkaji dan menimbang permohonan pelaburan hartanah di tanah LADA untuk diperakukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi LADA.
  • Carta aliran proses permohonan pelaburan hartanah boleh dirujuk di portal rasmi lawan sesawang LADA.
Adakah syarikat perlu mempunyai ekuiti Bumiputera untuk menubuhkan syarikat yang ingin membangunkan projek pelaburan hartanah LADA?2021-07-25T10:34:31+08:00

Ya, syarat utama pelaburan hartanah LADA ialah syarikat mestilah merupakan Bumiputera.

Apakah itu rasuah?2021-07-22T10:52:02+08:00

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Contoh: Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang Pegawai Awam bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.

Adakah suapan rasuah hanya berbentuk wang sahaja?2021-07-22T11:06:56+08:00

Secara umumnya, rasuah merupakan suatu perbuatan sama ada memberi atau menerima sesuatu suapan yang berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan suatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Contoh: Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang Pegawai Awam bagi meluluskan projek kepada syarikatnya.

Jenis-jenis kesalahan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009?2021-07-25T10:32:50+08:00

Berdasarkan ASPRM 2009 (Akta 694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu:

  • Meminta/Menerima rasuah [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]
  • Memberi suapan [Seksyen 17(b) ASPRM 2009]
  • Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 ASPRM 2009]
  • Salah guna kuasa [Seksyen 23 ASPRM 2009]
Apakah kesalahan mengemukakan tuntutan palsu? [Seksyen 18 ASPRM 2009]2021-07-25T10:32:59+08:00

Pegawai Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

Contoh: Pegawai Awam membuat tuntutan palsu kerja lebih masa dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi

Apakah kesalahan Meminta/Menerima Rasuah? [Seksyen 16 & 17(a) ASPRM 2009]2021-07-25T10:33:09+08:00

Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

Contoh: Seorang Pegawai Awam dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan di tanah milik kerajaan seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.

Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis “Mizuno” berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta.

Apakah kesalahan salah guna kuasa? [Seksyen 23 ASPRM 2009]2021-07-25T10:33:16+08:00

Pegawai Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

Contoh: Pegawai Awam menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk meluluskan tender Kerajaan dengan balasan Pegawai tersebut akan mendapat sejumlah wang suapan daripada pihak kontraktor yang merupakan saudaranya.

Di dalam pemilihan melalui tender, adalah jelas tentang peraturan pengisytiharan dan keluar daripada mesyuarat pemilihan jika seseorang pegawai yang terlibat itu mempunyai kepentingan. Bagaimana pula dengan masalah pemilihan melalui proses sebutharga?2021-07-25T10:33:26+08:00

Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang Pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain.

(Rujuk AKPE Bilangan 3 Tahun 2021: Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan LADA)

Go to Top