PENGURUSAN SEWAAN PERUMAHAN LADA

LADA turut menyediakan perkhidmatan sewaan rumah di unit milik LADA yang meliputi Taman Desa Permata, Taman Sri Berlian, Taman Kenari dan Taman Nilam. Ia meliputi sejumlah 750 unit dan hanya ditawarkan kepada penjawat awam yang berkhidmat di Langkawi.

CARA PERMOHONAN

Borang permohonan rumah sewa LADA boleh didapati di Laman Web LADA. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan secara e-mel ke alamat bpa@lada.gov.my atau secara pos/serahan ke alamat:-

Bahagian Pengurusan Aset
Lembaga Pembangunan Langkawi
Kompleks LADA, Aras 1
07000 LANGKAWI
(U/P: Unit Sewaan Pengurusan Aset)

Untuk makluman, pemohon hanya akan ditawarkan unit yang tersedia dan tidak dibenarkan untuk memilih unit yang dikehendaki. Pemohon juga tertakluk kepada senarai menunggu semasa. Proses permohonan rumah sewa LADA dilaksanakan berdasarkan Standard ISO Prosedur Pengurusan Sewaan Rumah LADA-PK(U-PS)-03.

SENARAI MENUNGGU RUMAH SEWA

KEMASKINI TERAKHIR : 6 MAC 2024