TULANG BELAKANG AGENSI

Senarai Bahagian & Unit di Lembaga Pembangunan Langkawi yang merupakan penggerak dan nadi kepada kesinambungan dan kecemerlangan LADA dan Langkawi

P

elancongan merupakan sektor terpenting bagi kegiatan ekonomi Pulau Langkawi. Bahagian Pelancongan ditubuhkan bagi menjadikan dan memasarkan Langkawi sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia.

LADA juga mengendalikan segala hal-hal berkaitan pelancongan seperti pameran ‘Langkawi International Maritime Aerospace Exhibiton’ (LIMA), MATTA Fair, Festival Pelancongan, Ironman Langkawi serta yang paling terbaru ialah mempromosikan Langkawi Geopark di mata dunia. Promosi pelancongan telah diadakan di Berlin, Australia, Finland dan Dubai bagi memperkenalkan Langkawi.

VISI

Menjadikan Langkawi sebagai pulau pelancongan mampan yang menjadi tarikan utama pelancong antarabangsa dan tempatan.

MISI

Memacu pertumbuhan pelancongan secara inklusif melalui pembangunan produk pelancongan yang inovatif, pembangunan komuniti pelancongan secara holistic, menyertai program promosi antarabangsa dan domestik serta pelaksanaan acara

OBJEKTIF

  • Menjadikan Industi pelancongan sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti
  • Memajukan Industri Pelancongan sebagai punca pendapatan dan pekerjaan kepada masyarakat
  • Memperkukuhkan dan mempertingkatkan sistem perkhidmatan pelancongan yang berkualiti
  • Mempromosikan Langkawi di dalam dan luar negara secara professional, efektif dan berterusan bagi memenuhi kehendak pelancong
  • Meneliti dan mengkaji program-program pihak swasta yang memohon kerjasama agar selaras dengan Misi LADA untuk menjadikan Langkawi sebagai destinasi Eco Pelancongan yang bernilai tinggi
  • Membangun dan mempromosikan segmen Niche Tourism yang memberi focus kepada eco tourism serta geo-tourism
  • Mengenalpasti dan mempertingkatkan jaringan penerbangan dan kapal persiaran mewah di Langkawi
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program serta aktiviti kebudayaan dan pelancongan menerusi persembahan, pameran, taklimat dan demontrasi yang diatur bagi menarik pelancong dari dalam dan luar negara
  • Membuat bidaan Bersama MyCEB, agensi-agensi dan persatuan yang berkaitan bagi menganjurkan persidangan dan pameran peringkat antarabangsa di Langkawi
  • Menggalakan hubungan bilateral dan multilateral dalam bidang kerjasama pelancongan dan promosi pelancongan
  • Mengadakan jaringan bersama PATA, UNESCO Global Geopark, APGN, Sistership dan Island Geopark Group
  • Melaksanakan program-program yang terdapat di dalam kalendar UNESCO Global Geopark dan mengambil bahagian dalam persidangan yang dianjurkan oleh UNESCO Global Geopark
  • Menguruskan Geopark Discovery Centre supaya menjadi tempat rujukan berkaitan Geopark di Asia Pasifik serta mempromosikan Langkawi UNESCO Global Geopark di persada dunia
  • Mewujudkan kerjasama bersama Satun UNESCO Global Geopark ke arah Transnational Geopark
B

ahagian Kewangan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merupakan nadi yang menentukan perjalanan dan pentadbiran kewangan. Bahagian ini juga berperanan sepenuhnya dalam memastikan setiap transaksi yang terlibat adalah mematuhi kepada semua Akta Acara Kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.

FUNGSI

  • Menyediakan Penyata Kewangan Tahunan
  • Menyediakan Laporan Prestasi Kewangan
  • Menyediakan Belanjawan Tahunan
  • Menguruskan dan mengakaunkan kutipan dan terimaan hasil
  • Menguruskan dan memproses pembayaran bil/invois
  • Memproses pembayaran gaji dan elaun/kemudahan
B

ahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan merupakan bahagian yang memainkan peranan utama dalam menguruskan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan urus tadbir asset di LADA.

Bahagian ini berfungsi untuk menentukan hala tuju pentadbiran am menerusi perancangan, kawalan dan pengurusan yang cekap dan berkesan selaras dengan kehendak peraturan dan garis panduan yang berkuat kuasa serta sejajar dengan misi dan visi LADA. Bahagian ini juga bertindak sebagai hub pengkalan data bagi mengemas kini maklumat-maklumat perjawatan dan personel kakitangan LADA.

Selain daripada itu, bahagian ini juga bertindak mengurus dan menyelenggara infrastruktur awam milik LADA.

FUNGSI

  • Pentadbiran awam
  • Perancangan sumber manusia dan pembangunan organisasi
  • Pembangunan personel
  • Pengurusan maklumat
  • Pengurusan kualiti
  • Pentadbiran kewangan
  • Mengkaji dasar-dasar berkaitan perkhidmatan dan pentadbiran yang bersesuaian untuk pertimbangan dan kelulusan Lembaga Pengarah LADA
  • Mengurus dan menyelenggara asset dan premis-premis milik LADA

FUNGSI UNIT PELABURAN

Pengurusan Pelaburan Swasta di tanah milik LADA
  • Penyediaan kajian pasaran, sosio ekonomi dan potensi pelaburan yang berkaitan dengan industri pelancongan dan pembangunan ekonomi Pulau Langkawi serta menyediakan cadangan potensi pelaburan dan produk pelancongan bagi meningkatkan daya saingan industri pelancongan Langkawi
  • Mengenal pasti potensi pelaburan atau kerjasama yang membawa keuntungan kepada LADA;
  • Menjana pelaburan ke Langkawi sejajar dengan keperluan pembangunan Langkawi;
  • Menggalakkan penyertaan penduduk tempatan dalam pelaburan di Langkawi;
  • Memberi pendedahan tentang pelaburan dan perniagaan kepada penduduk Langkawi;
  • Pengeluaran RFP serta mengenal pasti syarikat swasta yang berpotensi untuk menguruskan pusat pelancongan dan aset perniagaan yang dibangunkan oleh LADA;
  • Penyediaan analisa serta kertas kerja bagi tujuan kelulusan permohonan pelaburan di atas tanah milik LADA
  • Mengumpul data berkaitan nilai pelaburan di Langkawi dari semasa ke semasa; dan
  • Menyediakan statistik nilai pelaburan terkini mengikut sukuan tahun.
Promosi Pelaburan di Langkawi
  • Menjalankan aktiviti promosi Langkawi sebagai destinasi pilihan pelabur di dalam dan luar Negara;
  • Menjalinkan jalinan usahasama dengan agensi-agensi swasta dan kerajaan dari sektor pelaburan;
  • Penyediaan perkhidmatan khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk melabur di Langkawi bersesuaian dengan strategik dan pelan pembangunan Pulau Langkawi; dan
  • Menyediakan garis panduan atau risalah mengenai pelaburan.
Pengurusan M & O (Manage & Operate) di Aset LADA
  • Mengenalpasti potensi untuk pengurusan M & 0 aset-aset LADA; dan
  • Penyediaan analisa serta kertas kerja bagi tujuan kelulusan  permohonan M & O

UNIT PEMUDAHCARA PERNIAGAAN

Pembangunan Usahawan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS)
  • Menyediakan platform/program pembangunan perniagaan yang memfokuskan kepada usahawan PKS tempatan bertaraf Kecil atau Sederhana
  •   
  • Menjalinkan kerjasama dengan agensi-agensi berkaitan dengan pembangunan usahawan PKS
  •   
  • Membantu mempromosikan produk usahawan PKS Langkawi ke pasaran global
  •   
  • Menjadi pemudahcara kepada usahawan PKS termasuk dari segi bantuan infrastruktur, kemudahan kewangan, akses pasaran serta lain-lain khidmat nasihat pengurusan perniagaan
  •   
  • Menjadi pemudahcara dan pemberi bimbingan kepada usahawan PKS untuk memajukan perniagaan ke peringkat lebih tinggi dan
  •   
  • Pemantauan pertambahan perniagaan dan peluang pekerjaan di Langkawi.
  •   
[/fusion_highlight]Pemantapan Langkawi sebagai Pulau Bebas Cukai
  • Mempromosi serta menggalakkan aktiviti dagangan barangan premium/eksklusif dan
  •   
  • Penggerak bagi inisiatif memantapkan aktiviti ekonomi berteraskan bebas cukai.
  •   
B

ahagian Perancangan melaksanakan tanggungjawab mengatur perancangan dan memastikan pembangunan Pulau Langkawi khasnya berkembang secara mampan selaras dengan matlamat perancangan bandar itu sendiri iaitu mewujudkan kawasan yang dapat memenuhi kehendak masyarakat semasa tanpa mengabaikan keperluan masyarakat akan datang.

Bahagian Perancangan akan terus memastikan prinsip-prinsip perancangan terus diberikan keutamaan dalam merancang pembangunan bagi memastikan Pulau Langkawi khasnya terus relevan sebagai pulau pelancongan terkemuka dunia.

FUNGSI

  • Merancang pembangunan fizikal di tanah LADA
  • Mengemaskini maklumat perancangan pembangunan di Langkawi dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS)
  • Menyalurkan maklumat berkenaan guna tanah dan aset LADA bagi tujuan pembangunan
  • Menyelia dan menguruskan tanah-tanah milik LADA
  • Menyediakan Rancangan Pemajuan bersama Pihak Berkuasa Tempatan
  • Menyediakan perancangan pembangunan Lanskap dan penyelenggaran senitaman di aset LADA oleh kontraktor yang dilantik
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan,Pembangunan & Pelaburan LADA
  • Menyediakan ringkasan projek bagi projek-projek baru di bawah Rancangan Malaysia (RMK)
  • Menyediakan laporan cadangan projek-projek yang dikemukan oleh pelabur/pemaju
  • Menyediakan kertas kerja kepada Jemaah Pengarah LADA
  • Mengawal dan memberi panduan keatas perancangan dan pembangunan projek
  • Membuat ulasan Permohonan Kebenaran Merancang,Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), Laporan Penilaian Kesan Traffik (TIA) & Laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA)
  • Menyediakan maklumat perancangan kepada pelanggan, Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC), MPLBP
  • Bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri
  • Memberi ulasan cadangan pembangunan dalam Majlis Ekonomi Negeri Kedah
B

ahagian Kejuruteraan Teknikal diwujudkan bagi menyelaras pembangunan Langkawi agar dapat mengerakkan industri pelancongan di samping tidak mengabaikan keindahan alam sekitar yang menjadi aset terpenting Langkawi sebagai tarikan pelancong tempatan dan antarabangsa.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Bertanggungjawab sepenuhnya bagi melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur dan kemudahan awam selaras dengan Rancangan Struktur Langkawi dan memastikan projek pembangunan dilaksanakan mengikut jadual perancangan
B

ahagian Teknologi Maklumat ditubuhkan bertujuan menguruskan segala aspek berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di LADA. Terbahagi kepada dua seksyen utama iaitu Seksyen Pembangunan Sistem & Multimedia dan Seksyen Infrastruktur & Teknikal.

FUNGSI UMUM

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat, Dasar-dasar ICT LADA dan dasar-dasar ICT Perkhidmatan Awam
  • Merancang dan menyedia peruntukan ICT serta melaksanakan perolehan ICT
  • Mengurus kontrak-kontrak ICT LADA
  • Memantau dan menangani isu-isu pelaksanaan projek ICT
  • Mengurus aset dan pelupusan ICT
  • Mengurusetia dan memantau keputusan mesyuarat JPICT
  • Mengawal selia tadbir urus, integriti dan audit ICT di LADA

FUNGSI SEKSYEN PEMBANGUNAN SISTEM & MULTIMEDIA

  • Melaksanakan perancangan, kajian keperluan, rekabentuk, pembangunan, pengujian, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi LADA yang dibangunkan secara in-house
  • Memberi khidmat sokongan operasi ke atas sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian
  • Memberi khidmat sokongan operasi ke atas sistem dalaman LADA yang dibangunkan oleh pembekal
  • Melaksanakan pembudayaan ICT, pengukuhan kompetensi dan re-skilled kakitangan LADA dan komuniti terpilih
  • Merekabentuk bahan-bahan multimedia (banner, poster, montaj, bunting banner dan lain-lain) bagi tujuan promosi/laporan program pelancongan, sukan, pelaburan dan pembangunan komuniti
  • Membangun, mengurus dan menyelenggara laman-laman web LADA

FUNGSI SEKSYEN INFRASTRUKTUR & TEKNIKAL

  • Mengurus operasi dan menyelenggara infrastruktur rangkaian LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara keselamatan sistem rangkaian LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara server-server LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara infrastruktur bilik server LADA
  • Memberi sokongan operasi dan menyelenggara peralatan ICT LADA
  • Mengurus dan memantau komunikasi e-mel LADA
  • Mengurus backup data
B

ahagian Teknologi Maklumat ditubuhkan bertujuan menguruskan segala aspek berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di LADA. Terbahagi kepada dua seksyen utama iaitu Seksyen Pembangunan Sistem & Multimedia dan Seksyen Infrastruktur & Teknikal.

FUNGSI UMUM

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan Pelan Strategik Teknologi Maklumat, Dasar-dasar ICT LADA dan dasar-dasar ICT Perkhidmatan Awam
  • Merancang dan menyedia peruntukan ICT serta melaksanakan perolehan ICT
  • Mengurus kontrak-kontrak ICT LADA
  • Memantau dan menangani isu-isu pelaksanaan projek ICT
  • Mengurus aset dan pelupusan ICT
  • Mengurusetia dan memantau keputusan mesyuarat JPICT
  • Mengawal selia tadbir urus, integriti dan audit ICT di LADA

FUNGSI SEKSYEN PEMBANGUNAN SISTEM & MULTIMEDIA

  • Melaksanakan perancangan, kajian keperluan, rekabentuk, pembangunan, pengujian, pelaksanaan dan penyelenggaraan sistem aplikasi LADA yang dibangunkan secara in-house
  • Memberi khidmat sokongan operasi ke atas sistem aplikasi yang disediakan oleh Kementerian
  • Memberi khidmat sokongan operasi ke atas sistem dalaman LADA yang dibangunkan oleh pembekal
  • Melaksanakan pembudayaan ICT, pengukuhan kompetensi dan re-skilled kakitangan LADA dan komuniti terpilih
  • Merekabentuk bahan-bahan multimedia (banner, poster, montaj, bunting banner dan lain-lain) bagi tujuan promosi/laporan program pelancongan, sukan, pelaburan dan pembangunan komuniti
  • Membangun, mengurus dan menyelenggara laman-laman web LADA

FUNGSI SEKSYEN INFRASTRUKTUR & TEKNIKAL

  • Mengurus operasi dan menyelenggara infrastruktur rangkaian LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara keselamatan sistem rangkaian LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara server-server LADA
  • Mengurus operasi dan menyelenggara infrastruktur bilik server LADA
  • Memberi sokongan operasi dan menyelenggara peralatan ICT LADA
  • Mengurus dan memantau komunikasi e-mel LADA
  • Mengurus backup data
U

nit Audit Dalam memainkan peranan penting membantu pihak pengurusan dalam menilai keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus LADA. Oleh itu, unit ini bertanggungjawab menjalankan pengauditan terhadap pengurusan kewangan dan pengurusan projek mengikut Rancangan Audit Tahunan yang telah diluluskan. Selain itu, pengauditan khas juga akan dijalankan mengikut keperluan dan kehendak pihak pengurusan.

FUNGSI

  • Mengkaji semula kebolehpercayaan, keutuhan dan ketepatan rekod serta data kewangan. Ini termasuk mengkaji semua kaedah yan digunakan untuk mengenal pasti, mengukur dan melaporkan maklumat serta membuat penyiasatan terhadap urus niaga, baki dan prosedur
  • Mengkaji semula system perakaunan dan kawalan dalam yang berkenaan. Ini dapat memastikan objektif pihak pengurusan tercapai dan tahap pematuhan terhadap polisi undang-undang dan peraturan
  • Menentukan semua harta milik kerajaan disimpan, direkod dan dilindungi daripada kehilangan, penipuan dan penyelewengan
  • Menilai secara teratur operasi-operasi dari segi ekonomi, kecekapan, keberkesanan dan kesesuaian dalam mana-mana sumber yang diurus dan digunakan
  • Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki operasi dalam bidang-bidang yang memerlukan pengubahsuaian dan pembetulanMember laporan yang bebas, objektif, jelas dan tepat pada masanya kepada pihak pengurusan mengenai perjalanan operasi
L

ADA adalah peneraju utama membawa kepada kemajuan yang pesat di Langkawi, matlamat LADA adalah bertindak sebagai satu agensi yang bertujuan untuk membangunkan Pulau Langkawi. Demi menjayakan matlamat tersebut, LADA dengan dibantu oleh Unit Undang-Undang telah mengatur strategi dalam mengemas kini hal-hal perundangan dan korporat bertujuan supaya ianya lebih mantap dan teratur. Unit Undang-Undang ini telah berusaha member khidmat nasihat perundangan bagi memastikan hak serta kepentingan LADA dilindungi dan terjamin.

FUNGSI BAHAGIAN

  • Memberi khidmat nasihat perundangan yang dirujuk kepadanya oleh Pengurus Besar, Timbalan Pengurus Besar serta setiap Ketua Jabatan
  • Menyedia, menyemak serta melaksanakan dokumen perundangan
  • Menyemak perjanjian serta kontrak atau memorandum persefahaman yang dihantar oleh mana-mana Kementerian atau syarikat swasta
  • Memastikan setiap kes berkaitan dengan LADA diteliti secara terperinci dan mengikut prosedur-prosedur undang-undang yang telah diperuntukkan di bawah Akta 423 dan Undang-Undang yang berkaitan
  • Mengambil makuman setiap kes yang sedang berjalan di mahkamah, status kes tersebut, keputusan mahkamah dan melaporkan kepada pihak pengurusan
  • Menjadi perantara dengan panel-panel peguam yang telah dilantik bagi memastikan setiap arahan berhubung dengan kes ataupun perjanjian dilaksanakan dengan segera
  • Menghadiri kes-kes perbicaraan mahkamah sekiranya diperlukan
VISI

Peneraju kepada komunikasi korporat dan perhubungan awam yang professional dan strategik.

MISI

Mengukuhkan imej korporat jabatan melalui pengurusan komunikasi dan perhubungan awam strategik serta pembangunan komuniti secara inklusif.

OBJEKTIF

  • Memahami, memelihara dan meningkatkan imej jabatan melalui penyaluran maklumat perkhidmatan dengan berkesan
  • Memupuk hubungan korporat yang harmoni bersama industri, media, stakeholder dan pelanggan
  • Mengurus dan mengawal selia segala aktiviti berkaitan aduan yang diberikan oleh jabatan
  • Melaksanakan program pembangunan komuniti secara inklusif bagi meningkatkan kesejahteraan masyarakat Langkawi

FUNGSI KOMUNIKASI

  • Menguruskan maklum balas Mesyuarat Jemaah Menteri, Dewan Rakyat, Dewan Negara, Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Khas berkaitan dengan LADA.
  • Menguruskan ucapan Pengurusan Tertinggi LADA
  • Menguruskan penerbitan LADA (Buku Laporan Tahunan LADA. Buku Nota dan Kalender)
  • Menguruskan perpustakaan LADA
  • Menguruskan pengurusan kreatif LADA di Laman Web Rasmi (www.lada.gov.my) serta sosial media.
  • Menguruskan liputan acara LADA
  • Menyediakan laporan pemantauan media
  • Menguruskan peruntukan  Corporate Social Responsibility (CSR) LADA
  • Menguruskan protokol dan pengurusan sambutan VIP.

FUNGSI KORPORAT

  • Menguruskan perhubungan awam dan korporat LADA
  • Menguruskan promosi acara dan produk LADA
  • Menguruskan kajian kepuasaan pelanggan dan kajian impak keberkesanan system penyampaian LADA.
  • Menguruskan perhubungan pelanggan LADA
  • Menguruskan lawatan dan taklimat LADA
  • Menguruskan pentadbiran UKK
  • Menguruskan Knowledge-LADA (K-LADA)

FUNGSI PEMBANGUNAN KOMUNITI

  • Menerima dan meneliti permohonan projek dan membuat lawatan tapak ke kawasan yang dipohon.
  • Membuat laporan hasil lawatan dan cadangan kelulusan/penolakan
  • Memantau kemajuan perlaksanaan projek
  • Mewakili organisasi ke persidangan / taklimat / mesyuarat luar / program komuniti
  • Menguruskan dan memantau Pelan Strategik Pembangunan Komuniti
  • Merangka, merancang dan melaksanakan program-program sebagaimana yang digubal dalam Pelan Pembangunan Komuniti
  • Melaksanakan urusan perhubungan antara LADA, agensi kerajaan, pihak swasta dengan masyarakat setempat
  • Mendapatkan maklumat daripada masyarakat setempat berhubung status pelaksanaan dan keberkesanan aktiviti LADA.
U

nit Pemantauan dan Pelaksanaan

FUNGSI

  • Menyelaras pemantauan projek BPL 2011 – 2015
  • Urusetia Blueprint Pelancongan Langkawi
  • Menganalisa pelaksanaan projek bersama jabatan/agensi pelaksana
  • Mengesan dan menyelaras penambahbaikan yang dilakukan oleh agensi untuk dilaporkan kepada stakeholder
U

nit Integriti merupakan salah satu inisiatif LADA bertujuan untuk memastikan pegawai dan kakitangan LADA mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Hal ini seiring dengan hasrat Kerajaan menubuhkan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam. Inisiatif ini akan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi dalam kalangan penjawat awam.

FUNGSI

  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil
  • Melaporkan salah laku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab
  • Menerima dan mengambil tindakan terhadap semua aduan/maklumat mengenai salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib