PENGURUSAN SEWAAN PERUMAHAN LADA

LADA turut menyediakan perkhidmatan sewaan rumah milik LADA yang meliputi Taman Desa Permata, Taman Seri Berlian, Taman Kenari dan Taman Pantai Kok. Ia meliputi sejumlah 752 unit dan keutamaan tawaran kepada penjawat awam yang berkhidmat di Pulau Langkawi.

CARA PERMOHONAN

Borang permohonan rumah sewa LADA boleh didapati di Laman Web LADA. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan secara pos/serahan ke alamat:-

Bahagian Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan
Lembaga Pembangunan Langkawi
Kompleks LADA, Aras 1
07000 Langkawi
(U/P: Seksyen Pengurusan Aset)

Untuk makluman, pemohon hanya akan ditawarkan unit yang tersedia dan tidak dibenarkan untuk memilih unit yang dikehendaki. Pemohon juga tertakluk kepada senarai menunggu semasa. Proses permohonan rumah sewa LADA dilaksanakan berdasarkan Standard ISO Prosedur Pengurusan Sewaan Rumah LADA-PK(U-PS)-03. Muat turun Borang Permohonan Rumah Sewa LADA boleh didapati melalui pautan BORANG

SENARAI MENUNGGU RUMAH SEWA

KEMASKINI TERAKHIR : NOVEMBER 2025