CARA PERMOHONAN
Borang permohonan rumah sewa LADA boleh didapati di Laman Web LADA. Borang yang telah lengkap diisi boleh dikemukakan secara e-mel ke alamat bpa@lada.gov.my atau secara pos/serahan ke alamat:-
Bahagian Pengurusan Aset
Lembaga Pembangunan Langkawi
Kompleks LADA, Aras 1
07000 LANGKAWI
(U/P: Unit Sewaan Pengurusan Aset)
Untuk makluman, pemohon hanya akan ditawarkan unit yang tersedia dan tidak dibenarkan untuk memilih unit yang dikehendaki. Pemohon juga tertakluk kepada senarai menunggu semasa. Proses permohonan rumah sewa LADA dilaksanakan berdasarkan Standard ISO Prosedur Pengurusan Sewaan Rumah LADA-PK(U-PS)-03.