2024 Ironman Malaysia & Ironman 70.3 Langkawi

Loading Events

Bersedia untuk saksikan ujian ketahanan atlet thriathlon Ironman Malaysia & Ironman 70.3 Langkawi 2024.

Lebih daripada 2,400 atlet akan berkumpul untuk menguji ketahanan. Peserta akan menghadapi acara renang sejauh 3.8km, menunggang basikal sejauh 180km dan larian sejauh 42.2km yang mencabar dalam usaha untuk dinobatkan sebagai pelumba IRONMAN.

Atlet juga mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia IRONMAN berprestij di Kailua Kona, Hawaii, di mana mereka akan berlumba bersama atlet antara yang terbaik di dunia.

Acara ini mencabar sempadan fizikal dan menawarkan peluang kepada atlet elit untuk bersaing di pentas global. Jom saksikan perlumbaan sengit dan mencabar ini di Langkawi!

Go to Top