Langkawi Legendary Ride 2024

Loading Events

The Langkawi Legendary Ride ialah acara berbasikal pelbagai kategori terbuka kepada kumpulan amatur dan berpengalaman.

Tidak seperti perlumbaan yang lebih kompetitif, acara ini mempromosikan keseronokan sambil berbasikal dan kemesraan antara peserta yang terdiri daripada rakan serta keluarga.

Acara boleh disertai oleh semua pihak dan tidak tertumpu semata-mata kepada penunggang basikal profesional, tetapi menggalakkan penyertaan daripada golongan amatur dan keluarga untuk mengambil bahagian dalam acara tersebut.

Memandangkan ia adalah acara berbasikal jalan raya, peserta akan melalui laluan yang indah dan menawarkan pemandangan yang unik serta menyeronokkan kepada para peserta.

Kesimpulannya, Langkawi Legendary Ride bukan sekadar acara berbasikal atlet professional tetapi program kayuhan basikal yang meriah dan inklusif dengan mengalu-alukan para amatur dan keluarga untuk sertai program kayuhan basikal ini.

Go to Top