Langkawi Ultra 2024

Loading Events

Langkawi Ultra 2024 adalah acara larian jarak jauh yang merangkumi larian di seluruh pulau Langkawi. Para peserta terdiri daripada atlet berpengalaman hingga pelari yang baru menceburi bidang larian.

Pertandingan ini menawarkan pelbagai disiplin perlumbaan yang memenuhi keutamaan dan tahap kecergasan yang berbeza. Terdapat pelbagai kategori perlumbaan termasuk 100km, 50km, 42km, 21km dan 10km.

Kategori kejohanan yang pelbagai ini membolehkan pelari meneroka dan menikmati keindahan ditawarkan Langkawi sambal berlumba.

Sebagai tambahan, acara ini akan menawarkan kategori seperti 1km dan 500 meter bagi memupuk minat di kalangan kanak-kanak. Objektif kategori tambahan ini adalah untuk memupuk semangat kemasyarakatan dan menggalakkan individu dari semua peringkat umur untuk mengambil bahagian dalam acara sukan larian.

Go to Top