Pesta Tahun Baru Cina 2023

Loading Events

Karnival Tahun Baru Cina 2023 ini merupakan program anjuran Dewan Perniagaan Usahawan Langkawi dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Objektif karnival ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepentingan budaya tradisional Cina kepada generasi muda dan bagi memberi peluang kepada komuniti Cina khususnya dalam membuat persediaan sambutan perayaan yang akan disambut pada 22 Januari 2023. Antara pengisian karnival ini adalah gerai-gerai jualan makanan tradisional Cina, pameran kebudayaan dan kesenian Cina serta persembahan pentas kebudayaan Cina.

Go to Top