Ramah Mesra Aidilfitri

Loading Events

Hari Raya disambut dengan penuh kesyukuran oleh masyarakat Islam di Malaysia kerana kembali kepada fitrah selepas menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan. Menjadi tradisi umat islam di Malaysia khususnya untuk saling bermaaf-maafan dan kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Penganjuran Rumah Terbuka Ramah Mesra Aidilfitri Langkawi ini merupakan anjuran LADA bersama Kelab Sukan dan Kebajikan LADA (KSKL) bagi memupuk semangat dan kebersamaan warga LADA dengan stakeholders dan komuniti Langkawi dan menyemarakkan suasana kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan mengekalkan konsep kesederhaan. Pelbagai juadah istimewa disediakan untuk pengunjung yang datang seperti nasi minyak, ayam masak merah dan gulai daging, ketupat, lemang, rendang ayam, sate ayam dan daging, kuih muih tradisional serta pelbagai minuman disediakan kepada semua tetamu yang hadir.

Go to Top