Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima satu suapan sebagai balasan untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu perkara.

Contoh: Seorang Pegawai Awam dituduh meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor berkaitan projek pembangunan di tanah milik kerajaan seluas lebih kurang 10 ekar. Sebagai balasan, beliau menjanjikan proses kelulusan dan bantuan dalam kelicinan perjalanan projek tersebut.

Rasuah berupa wang tunai sebanyak RM30,000.00, cek tunai bernilai RM30,000.00, dan satu golf set jenis “Mizuno” berharga RM2,500.00 yang diterima daripada kontraktor. Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 4 tahun dan denda berjumlah RM1.925 juta.