Pegawai Awam atau anggota Pentadbiran Kerajaan menggunakan kedudukannya dalam membuat keputusan atau mengambil apa-apa tindakan berhubung dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan.

Contoh: Pegawai Awam menggunakan jawatan dan kedudukannya untuk meluluskan tender Kerajaan dengan balasan Pegawai tersebut akan mendapat sejumlah wang suapan daripada pihak kontraktor yang merupakan saudaranya.