Unit MICE dan Promosi

1. Adakah terdapat insentif yang ditawarkan oleh pihak LADA untuk kumpulan MICE yang berkunjung ke Langkawi?
Ya, LADA ada menawarkan insentif tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah dirujuk kepada Unit MICE dan Promosi di talian 04-9600 623 atau 04-9600 619.

2. Adakah terdapat syarat yang perlu dipenuhi sebelum memohon insentif MICE?
Syarat-syarat bagi memohon insentif MICE adalah seperti berikut:

i. Sekurang-kurang 80 orang peserta dan ke atas.
ii. Perlu menginap di Langkawi sekurang-kurangnya selama tiga (3) malam.

3. Apakah syarat untuk menyertai program promosi pelancongan yang dianjurkan?

i. Pemohon hendaklah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC).
ii. Pemohon memiliki lesen yang sah dan masih aktif.

Unit Pembangunan Industri

1. Adakah terdapat sebarang kursus yang dianjurkan oleh LADA untuk pemain industri pelancongan?

LADA ada menganjurkan beberapa kursus untuk pemain industri pelancongan, antaranya seperti Kursus Mesra Malaysia (peningkatan perkhidmatan pelancongan) dan Kursus Peningkatan Kemahiran (memfokuskan kepelbagaian kemahiran).

2. Saya difahamkan bahawa LADA telah memperkenalkan Kuah Down To Memory Lane kepada para pelancong yang berkunjung ke Langkawi. Sekiranya saya berminat, bagaimanakah saya boleh menyertainya?

Kuah Down To Memory Lane ialah program kerjasama antara LADA dan Persatuan Pemandu Pelancong Langkawi (LTGA). Sekiranya berminat, tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan pihak LTGA.

Unit Pembangunan Produk

1. Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan statistik berkaitan kemasukan pelancong ke Langkawi?

Permohonan untuk mendapatkan statistik kemasukan pelancong ke Langkawi boleh dibuat kepada Unit Pembangunan Produk di talian 04-9600 631 atau 04-9600 811.

2. Adakah LADA mempunyai data berkaitan jumlah atau bilangan hotel yang terdapat di Langkawi?

Ya. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/puan bolehlah berhubung dengan Unit Pembangunan Produk di talian 04-9600 631 atau 04-9600 811.