Unit Pengurusan Acara

1. Bagaimanakah saya boleh memohon untuk menganjurkan acara, kejohanan atau pertandingan sukan di Langkawi?

Permohonan penganjuran acara, kejohanan atau pertandingan sukan yang melibatkan kerjasama pihak LADA bolehlah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan beserta kertas kerja yang lengkap kepada Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Aras 8, Kompleks LADA, 07000 Langkawi, Kedah. Sebarang pertanyaan juga bolehlah dirujuk kepada Unit Pengurusan Acara di talian 04-9600 634.

2. Apakah bantuan dan kerjasama yang boleh LADA berikan bagi penganjuran acara, kejohanan atau pertandingan sukan di Langkawi?

LADA bertindak sebagai penyelaras bagi pelbagai acara melalui kaedah penghuluran bantuan. Antaranya termasuklah melalui penganjuran mesyuarat penyelarasan bersama pelbagai agensi kerajaan, sumbangan tenaga kerja LADA bagi urusan logistik acara, penggunaan logo LADA sebagai kolateral bahan promosi dan penyelarasan protokol melibatkan tetamu kenamaan, sesi meet and greet, tarian kebudayaan serta penyediaan makanan dan minuman (bantuan dan sokongan adalah berbeza mengikut acara).

Selain itu, acara yang dilaksanakan dengan kerjasama LADA dan melibatkan penggunaan premis-premis agensi ini seperti Kompleks Sukan Langkawi (KSL), Dewan Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Auditorium LADA dan lain-lain akan dikenakan kadar caj sewaan minimum, tertakluk kepada kelulusan Pengurusan LADA.

3. Apakah jenis permohonan acara yang dinilai dan dibantu oleh LADA?
Pengelasan acara di LADA terbahagi kepada tiga (3) iaitu acara antarabangsa, kebangsaan dan komuniti. Jenis bantuan dan tajaan LADA juga adalah berbeza mengikut kategori dan jenis acara yang dianjurkan.

Unit Laman Padi

1. Adakah terdapat aktiviti yang disediakan untuk pengunjung Laman Padi? Laman Padi menyediakan beberapa aktiviti menarik untuk para pengunjung seperti berikut:

i. Pemilihan benih padi
ii. Aktiviti penanaman padi
iii. Aktiviti menuai dan membanting padi (tertakluk kepada perubahan keadaan semasa di muzium dan musim penanaman)
iv. Lawatan taman herba
v. Lawatan muzium
vi. Aktiviti mencari siput
vii. Pertunjukan membajak menggunakan kerbau
viii. Pertunjukan mengupas dan memarut kelapa

2. Berapakah kadar yuran yang dikenakan untuk setiap aktiviti?
Kadar yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 bagi setiap aktiviti.

3. Bilakah waktu operasi Laman Padi?

Waktu operasi Laman Padi adalah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang pada setiap hari.