Langkawi, 4 Januari 2022 – Sebanyak empat lagi projek kecil komuniti yang telah selesai pada tahun 2021 diserahkan kepada komuniti tempatan melalui Unit Khidmat Korporat bagi pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Projek-projek tersebut melibatkan Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Nur Al-Naim Bukit Temin, Surau Kampung Nyior Chabang, Tanah Perkuburan Islam Kariah Masjid Al-Huda Padang Matsirat dan Surau Haji Long Kampung Teluk Yu.

YBrs. Tuan Rohaizad bin Rashid selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA telah turun padang bagi melihat sendiri projek-projek kecil ini.

Semoga semua projek kecil komuniti LADA akan dapat memanfaatkan seluruh penerima dan penduduk tempatan Pulau Langkawi.

#ProjekKecilKomuniti
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KomunitiLangkawi