Langkawi, 16 Mac 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyerahkan surat kelulusan permohonan projek kecil berjumlah RM 193,718.75 kepada lapan kumpulan komuniti. Projek ini merangkumi kerja pembaikan dan pembesaran masjid dan surau, pembinaan bilik pengurusan jenazah, pembaikan dewan orang ramai, pembinaan stor jeti nelayan dan pembekalan pendingin hawa dan meja kepada sekolah.

Sesi penyerahan surat kelulusan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Nasaruddin bin Abdul Muttalib, Ketua Pegawai Eksekutif LADA. Semoga pelaksanaan projek kecil komuniti ini memberi manfaat kepada masyarakat seterusnya mewujudkan komuniti yang sejahtera dan harmoni.

#ProjekKecilKomuniti
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#LADABersamaKomuniti