Langkawi, 9 Mac 2022 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyalurkan bantuan perniagaan kepada Puan Faizah @ Nazirah binti Saadan, pengusaha kuih bulan Langkawi melalui pembelian ketuhar industri. Penyerahan ketuhar ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Pembukaan Peluang Ekonomi Baru (PEB) di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi (HELANG) dalam membantu usahawan yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Puan Faizah bukan sahaja mengambil tempahan dari rumah malah kuih bulan muslim keluaran beliau juga boleh didapati di kiosk makanan sekitar Langkawi seperti Gerai Kecil Eonni di Padang Matsirat dan Midat Café di Kuah.
Semoga pembelian ketuhar ini dapat meningkatkan lagi semangat Puan Faizah dalam meningkatkan produktiviti pengeluaran kuih bulan dan meluaskan pasaran perniagaan ini ke peringkat yang lebih jauh.