Langkawi, 29 Disember 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah menyalurkan bantuan perniagaan kepada Alazat Resources melalui pembelian ‘semiautomatic blower machine’ bagi pihak syarikat berkenaan. Penyerahan mesin ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) LADA, YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal bin Wan Kamardin. Bantuan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pembukaan Projek Ekonomi Baru di bawah Pelan Hala Tuju Ekonomi Langkawi bagi membantu golongan yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Syarikat Alazat Resources merupakan pengeluar produk makanan seperti muruku dan kerepek serta pemborong ikan bilis Langkawi. Produk syarikat ini boleh didapatkan di 17 cawangan kedai runcit Chois dan Kedai Produk Mahsuri di Kompleks Haji Ismail Group, Langkawi. Pemilik syarikat ini iaitu Puan Surina binti Pison dahulunya adalah seorang ejen pengembaraan dan pelancongan. Kini, beliau bergiat aktif dalam perniagaan ini dan turut memberi suntikan motivasi serta bimbingan kepada usahawan Langkawi melalui pelaksanaan kelas teknik pemasaran, pembungkusan dan pelabelan.

Semoga pembelian mesin ini dapat membantu Syarikat Alazat Resources untuk meningkatkan produktiviti pengeluaran dan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran yang lebih luas.

#LangkawiBangkit
#UsahawanLangkawi
#ProjekEkonomiBaru
#PEB
#HELANG
#LADA
#PerangiCOVID19
#KitaJagaLangkawi