Langkawi, 28 Disember 2021 – Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengadakan sesi serahan surat projek kecil komuniti yang telah siap dilaksanakan sepanjang tahun 2021 kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Langkawi, Surau Taman Seri Berlian, Tabika KEMAS Kampung Kuah, Masjid Al-Qadim Kuah dan Surau Kampung Kuah. Sesi serahan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Rohaizad bin Rashid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) LADA.

Bantuan projek kecil komuniti ini merangkumi sumbangan bekalan peralatan ‘mini green screen studio’ kepada sekolah terpilih di Langkawi, karpet dan sistem pembesar suara surau serta kerja baik pulih kemudahan Tabika KEMAS dan kerangka bumbung masjid.

Semoga bantuan projek kecil komuniti ini dapat memberi impak dan manfaat kepada penerima dan komuniti setempat.

#ProjekKecilKomuniti
#LADA
#KitaJagaLangkawi
#DemiLangkawi
#KitaJagaKita
#KomunitiLangkawi