Sambutan Hari Deepavali

Loading Events

Negara Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum yang hidup aman dan harmoni. Hubungan antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India ini telah lama terjalin erat dan membentuk masyarakat majmuk yang bersatu padu selain sambutan perayaan tersebut disambut saban tahun. Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad. Perayaan ini merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh masyakat India yang beragama Hindu di seluruh pelusuk dunia dan kebiasaannya disambut pada penghujung bulan Oktober dan awal bulan November sebagai Pesta Cahaya.

Go to Top