Secara umum, rasuah merupakan perbuatan memberi atau menerima sesuatu suapan berbentuk wang tunai atau barangan berharga sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.

Contoh:

Seorang kontraktor memberikan hadiah berbentuk jam tangan berharga kepada seorang pegawai awam bagi meluluskan projek syarikat kontraktor tersebut.