Langkawi, 20 Disember 2021 – Program Bicara Ilmu anjuran Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah dilangsungkan di Masjid A’ishah, Sungai Menghulu. Program berbentuk kuliah agama ini menampilkan YBhg. Ustaz Elyas bin Ismail sebagai penceramah dengan kupasan tajuk “Rezeki Barakah di Musim Susah”.

Program yang dihadiri seramai 300 orang jemaah masjid ini merupakan salah satu program yang direncanakan di bawah strategi meningkatkan pembangunan kerohanian komuniti melalui penyampaian ilmu agama. LADA akan terus merencanakan program seumpama ini agar komuniti setempat dapat mengambil manfaat daripada ilmu yang disampaikan sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

Semoga penduduk Langkawi terus memperoleh rezeki yang barakah serta dilimpahi rahmat oleh-Nya.

#ProgramBicaraIlmu
#RezekiBarakahDiMusimSusah
#UstazElyasIsmail
#LADABersamaKomuniti
#KitaJagaKita