Merupakan kompleks yang mempunyai beberapa telaga air hangat tiga tingkat, secara saintifiknya adalah air pancutan dari dasar bumi. Para pengunjung berpeluang untuk mandi manda di setiap telaga air hangat, bagi tujuan kecantikan dan kesihatan diri.

Secara mitosnya, telaga air hangat ini tercetus semasa pergaduhan dua gergasi iaitu Mat Raya dan Mat Chinchang mengakibatkan pertumpahan air panas yang menghasilkan mata air panas di Kawasan tersebut.