Tasik ini terletak di Pulau Dayang Bunting, 20 kilometer dari Kuah. Pulau ini adalah salah satu pulau yang tidak mempunyai penduduk. Tasik ini terbentuk hasil dari runtuhan gua bawah tanah, dan merupakan tasik air tawar. Para pengunjung berpeluang untuk mandi manda di tasik ini.