Dibina pada tahun 1990 di Kawasan seluas 35 hektar, tempat tarikan pelancong ini diusahakan oleh pihak kerajaan tempatan dibawah kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Walaupun ianya ditubuhkan untuk tujuan penyelidikan pertanian, daya tarikan utama produk ini adalah lading buah buahan tempatan dengan pemandangan Gunung Raya iaitu gunung tertinggi di Langkawi.

Terdapat lawatan berpandu untuk keseluruhan Kawasan ladang buah buahan dan para pengunjung berpeluang untuk merasai keenakan buah-buahan tempatan yang segar terus dinikmati di sini.