Majlis Penyampaian Hadiah Acara 30th Raja Muda Selangor International Regatta

Tarikh: 23 November 2019
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Royal Langkawi Yacht Club

Acara rali perlumbaan ini bermula di Pelabuhan Klang selama 9 hari dan berakhir di Langkawi dengan 2 kategori dipertandingkan iaitu Long Distance Challange – 260 nautical mile & Local Racing (perlumbaan di perairan Pulau Pinang & Langkawi).

Perlumbaan ini disertai 29 buah bot dari kategori IRC (profesional) sehinggalah kapal layar klasik berusia lebih 100 tahun, melibatkan 300 peserta keseluruhan.

Majlis turut di meriahkan dengan keberangkatan DYMM Sultan Selangor & YTM Raja Muda Selangor yang telah mencemar duli untuk hadir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.