18 – 19 Januari 2024 (Jumaat & Sabtu) – LADA telah mengadakan bengkel bagi membincangkan isu Kebenaran Cagaran, serahan hak, Gadaian atau sekuriti ke atas Tanah Milik LADA oleh Pelabur bagi Projek Pembangunan Swasta bertempat di Tropicale Colmar Bukit Tinggi.

Bengkel ini diadakan bagi mengkaji mekanisma kaedah gadaian, risiko dan syarat-syarat yang bersesuaian kepada pelabur di samping dapat melindungi kepentingan LADA apabila tanah pajakan dijadikan sekuriti bagi mendapatkan pembiayaan projek pembangunan di atas tanah milik LADA.

LADA juga telah menjemput En Jaiya Bin Abu iaitu Pengarah Bahagian Pengurusan & Perundangan Tanah, Jabatan Ketua Pengarah dan Galian (JKPTG) untuk memberi taklimat khususnya berkaitan cagaran dan gadaian tanah sebelum bengkel diadakan.

Selain itu, LADA juga telah mendapatkan input maklumat serta pandangan dari beberapa institusi kewangan seperti Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Affin Group serta Public Bank berkaitan cagaran, gadaian, serta serahan hak dari perspektif pihak bank.

JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PERSEKUTUAN) Bank Pembangunan Malaysia Berhad Public Bank