27 Januari 2024 (Sabtu) – Program Geocycling Siri 1 yang telah pun berlangsung pada hari ini merupakan acara pembukaan Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp) bagi meraikan Sambutan 20 Tahun penubuhan Global Geoparks Network.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dan disertai lebih daripada 100 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai agensi kerajaan di Pulau Langkawi.

YBhg. Dato’ Haslina bt Abdul Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif LADA telah hadir bagi menyempurnakan majlis Perasmian seterusnya beramah mesra bersama semua peserta sepanjang kayuhan berlangsung.

Selain itu, antara ketua jabatan yang menyertai Geocycling Tuan Mohamad Subhi bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi, DSP Zahiruddin bin Mat Hashim Ketua Cawangan Khas Daerah, PDRM Langkawi, Kapt A. Ahmad Shahfikri bin Darus Pegawai Pertahanan Daerah Langkawi Angkatan Pertahanan Awam, Pn. Haslinda bt Abdul Hamid Pengarah Langkawi Tourism Akademi, En. Ahmad Husaini bin Cha, Pegawai Rela Langkawi. Program ini turut dihadiri oleh YB Shamsilah Siru, ADUN Air Hangat.

Program kayuhan sejauh 13.48km ini dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dan hubungan antara agensi dan pada masa yang sama memperkenalkan peserta kepada tapak-tapak warisan geologi, biologi dan budaya di Langkawi.

Pejabat Daerah Dan Tanah Langkawi Polis Langkawi APMLangkawi Langkawi Tourism Academy-KKLangkawi RELA Daerah Langkawi N 01 Ayer Hangat Langkawi