25 September 2023 : Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerusi Unit Undang-undang LADA telah menganjurkan Continuos Legal Education Programme (CLEP) 2023 bertempat di Hotel Aloft, Langkawi. Program ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai LADA sendiri.

Penganjuran program latihan perundangan CLEP kali ini memfokuskan kepada pemahaman mengenai undang-undang pensyarikatan dengan pilihan tajuk “Tug of War and Corporate Risks, Who Will Be Affected?” sesuai dengan isu-isu semasa dan senario tadbir urus yang dihadapi LADA terutamanya dari sudut pengurusan terhadap anak-anak Syarikat LADA khususnya.

Pendedahan juga turut diberikan mengenai aspek perundangan yang asas meliputi tugas-tugas harian seperti entiti syarikat, management risk control yang boleh diaplikasikan dalam urusan harian, konsep scheme of management dan juga peranan Receiver and Manager.

Pengisian ini juga dipilih memandangkan LADA mempunyai anak-anak Syarikat yang mana pegawai-pegawai LADA juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Oleh itu, bagi memastikan tadbir urus anak-anak Syarikat LADA adalah teratur, pemantapan dari segi ilmu berkenaan pensyarikatan sepertimana terkandung di bawah Akta Syarikat 2016 adalah penting untuk dibekalkan kepada pegawai-pegawai LADA.

Program latihan perundangan ini telah disampaikan oleh Puan Ravienderjit Kaur Savinder Singh pegawai pakar dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia sendiri untuk membuat perkongsian ilmu.

Semoga perkongsian yang disampaikan dapat membantu meningkatkan lagi kompetensi pegawai-pegawai di dalam pengurusan pentadbiran LADA.

#langkawi
#ladalangkawi
#lada
#lembagapembangunanlangkawi
#malaysia
#MalaysiaMadani