20 Januari 2024 (Sabtu) – Pemasyhuran Kinabalu UNESCO Global Geopark (KUGGp) telah diadakan pada tarikh ini. Majlis gilang-gemilang ini telah disempurnakan Ketua Menteri Sabah, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor.

KUGGp telah mendapat pengiktirafan tersebut daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 24 Mei tahun lalu.

KUGGP mempunyai keluasan 4,750 kilometer persegi yang meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan Ranau dengan sebanyak 423 kampung terkandung di dalamnya.

Semoga lebih banyak Geopark Kebangsaan akan mendapat pengiktirafan dunia ini di masa hadapan. LADA dan Langkawi UNESCO Global Geopark mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KUGGp!

Naturally Langkawi #UGGp #UNESCO