4 Februari 2024 (Ahad) – Kejohanan Ke-20 LADA Langkawi International Regatta Perdana 2024 telah melabuhkan tirainya. Perasmian penutup acara ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Puan Hannah Yeoh dan turut disaksikan oleh Dato’ Haslina Abdul Hamid dan tetamu kehormat lain.

Kejohanan ini merupakan kejohanan Ranking dunia Grade 3 dan menjadi medan melahirkan pencabar baru dalam sukan pelayaran bagi kebanyakan kelab pelayaran seperti Thailand, Singapura dan lebih-lebih lagi Malaysia. Ini dibuktikan dengan 11 dari 21 kategori dikuasai oleh pelayar dari Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada penganjur Persatuan Perahu Layar Negeri Kedah (Kedah Sailing Association-KSA) dan juga semua pihak yang membantu menjayakan acara ini bagi edisi ke-20. Jumpa lagi di edisi ke-21 tahun hadapan..!!