Malaysia Young Scientists Organization (MYSO) telah membawa masuk seramai 250 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sempena International Mathematics Olympiad Competition of Southeast Asia (IMOCSEA) dan International Science Olympiad Competition of Southeast Asia (ISOCSEA) International Round 2023.

Pertandingan ini sedang diadakan di Langkawi daripada 26 hingga 30 Disember 2023 bertempat di Resort World Hotel, Langkawi. Mereka menginap di hotel Resort World selama 4 malam.

Malaysia Young Scientists Organization (MYSO) telah ditubuhkan pada tahun 2017 untuk mencungkil bakat murid sekolah rendah dan menengah dalam bidang Science, Technology, Engineering & Mathematic (STEM) dan Inovasi.

Pertandingan IMOCSEA dan ISOCSEA ini merupakan anjuran bersama MYSO dan Global League of Winners (GLOW) dari Filipina. Pada tahun 2022, pertandingan ini telah dianjurkan di Boracay, Philippines manakala pada tahun ini Langkawi, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi acara ini.

Kumpulan ini merupakan kumpulan terakhir yang menerima insentif MICE daripada LADA pada tahun ini.

#NaturallyLangkawi #LangkawiBestWey #Langkawi99MagicalIsland