17 Januari 2024 | Langkawi Geopark Discovery Centre (GDC) telah menerima lawatan dari Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi. Lawatan yang diketuai oleh Encik Rohaizar bin Othman, Timbalan PPD Langkawi ini telah membawa seramai 35 orang yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPD.

Peserta lawatan dibawa menerokai galeri GDC dengan informasi berkenaan Langkawi UNESCO Global Geopark dan merasai pengalaman semaian anak pokok bakau di Santuari Bakau.

#LangkawiUNESCOglobalgeopark #Langkawigeoparkdiscoverycentre #ppdlangkawi