1 Oktober 2023 – LADA menerima satu lawatan kerja daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diketuai oleh Puan Noor Fadzilah binti Shafie, Pengurus Bahagian Kewangan dan Pelaburan MAIWP bersama lima pegawai lain iaitu Puan Norhasmiza binti Hashim (Timbalan Pengurus 1 Bahagian Kewangan dan Pelaburan), Encik Ahmad Syafiq bin Ahmad Saimi (Akauntan), Encik Aznan bin Erwan Eralian (Akauntan), Puan Nor Izzati binti Nor Zamrai (Pegawai Teknologi Maklumat) dan Puan Fadhlina binti Yasim (Jurutera).

Kehadiran delegasi MAIWP disambut oleh Encik Nor Adill Bin Bahatim, Pengurus Bahagian Kewangan LADA bersama Puan Amal bin Ibrahim, Pengurus Bahagian Teknologi Maklumat LADA termasuk pegawai-pegawai kanan Bahagian Kewangan LADA.

Objektif lawatan kerja ini bertujuan melihat proses kerja dan modul-modul dalam Sistem Pengurusan Kewangan LADA iaitu GRP 9.0 yang baharu digunakan serta berkongsi pandangan, idea dan pengalaman dalam penggunaan sistem pengurusan kewangan.

LADA amat mengalu-alukan kehadiran delegasi daripada MAIWP dan berharap ukhwah yang sedia terjalin akan dimanfaatkan sebaiknya demi agama, bangsa dan negara.

Maklumat lanjut di ruangan komen

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan